awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Nama anak boleh ditolak JPN? Fakta penting dan mengejutkan yang mama papa wajib tahu
SAR lelaki hilang ketika memancing dihentikan
COP30: TNB pengupaya utama pacu kerjasama tenaga menerusi Grid Kuasa ASEAN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Beg berisi wang tunai RM1 juta sudah ditemukan - Polis

Bernama
Bernama
07/11/2024
05:22 MYT
Beg berisi wang tunai RM1 juta sudah ditemukan - Polis
Sasikala berkata beg berkenaan ditemukan oleh orang awam pada hari sama kejadian dilaporkan. - Gambar fail/BERNAMA
PETALING JAYA: Beg berisi wang tunai RM1 juta yang dilaporkan hilang petang semalam di Ampang, sudah ditemukan di Jalan Hulu Kelang menuju ke Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur.
Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk S. Sasikala Devi berkata beg berkenaan yang berada di tengah laluan itu ditemukan oleh orang awam pada hari sama kejadian dilaporkan.
Beliau berkata siasatan awal mendapati van keselamatan yang membawa wang itu dipercayai dalam perjalanan dari sebuah bank di Ampang menuju ke Kuala Lumpur.
"Beg itu dipercayai terjatuh ketika kenderaan melalui kawasan selekoh laluan tersebut.
"Setakat ini beg itu telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan maklumat lanjut akan dikongsikan nanti selepas siasatan selesai," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di sini hari ini.
Sasikala Devi berkata setakat ini pihaknya sedang mengambil keterangan daripada individu yang menemukan beg berkenaan dan pemandu van keselamatan.
Terdahulu, Ketua Polis Ampang Jaya ACP Mohd Azam Ismail berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 3.55 petang semalam, selepas proses kutipan dilakukan sebuah syarikat keselamatan daripada sebuah bank, dekat sini.
Berikutan itu polis telah menjalankan siasatan lanjut di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.
Difahamkan kehilangan beg berkenaan disedari pemandu van keselamatan terlibat selepas mendapati pintu kenderaan itu dalam keadaan terbuka, sebelum membuat laporan polis berhubung perkara itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#wang tunai RM1 juta
#telah ditemukan
#ditemukan oleh orang awam
#Sasikala Devi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan