awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes kekecohan di KLIA, 22 saksi diambil keterangan

Sinar Harian
Sinar Harian
04/07/2023
05:59 MYT
Kes kekecohan di KLIA, 22 saksi diambil keterangan
Kertas Enkuiri Polis (KEP) berhubung kejadian tersebut akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara pada Selasa bagi mendapatkan pandangan perundangan dan keputusan. - Gambar fail/BERNAMA
SHAH ALAM: Seramai 22 orang saksi dirakam keterangan berkaitan satu insiden kekecohan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) membabitkan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, baru-baru ini.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, daripada 22 saksi tersebut, empat orang adalah pengadu, manakala yang lain adalah 12 pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), pegawai Polis Bantuan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) sebanyak empat orang serta dua pekerja syarikat agensi pelancongan.
"Setakat ini, sebanyak empat laporan polis yang telah diterima pihak polis Selangor.
"Kesemua aduan tersebut dibuat oleh orang awam membabitkan kejadian ini," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.
Tambahnya lagi, Kertas Enkuiri Polis (KEP) berhubung kejadian tersebut akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara pada Selasa bagi mendapatkan pandangan perundangan dan keputusan.
Jelas beliau, berdasarkan KEP, polis mempunyai kuasa untuk memanggil mana-mana pihak untuk diambil keterangan.
Pada Khamis, Sinar Harian melaporkan berita tular di media sosial mengenai Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing yang didakwa menceroboh masuk ke balai ketibaan antarabangsa KLIA bagi membebaskan seorang pelawat China yang ditahan pihak JIM.
Bagaimanapun, King Sing menafikan dakwaan bahawa beliau cuba melepaskan pelawat tersebut.
Menerusi kenyataan media, beliau mempersoal siapa sebenarnya menyalah guna kuasa dalam kejadian itu, sama ada beliau atau pun pegawai JIM yang bertugas.
Selain itu, beliau turut mendakwa kehadirannya ke KLIA bertujuan membongkar budaya rasuah dalam kalangan pegawai di pintu masuk negara. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kecoh KLIA
#Tiong King Sing
#siasatan polis
#rasuah Imigresen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan