KUALA LUMPUR: Enam penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) terlepas hukuman gantung apabila dijatuhi hukuman penjara 18 tahun oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas kesalahan menyebabkan kecederaan tanpa niat membunuh Pegawai Kadet Laut UPNM Zulfarhan Osman Zulkarnain
Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Azman Abdullah membacakan keputusan itu terhadap Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali pada Selasa.
Mahkamah juga menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun terhadap semua tertuduh kecuali Mohamad Shobirin serta 12 rakannya selepas didapati bersalah di bawah Seksyen 330 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama kerana mencederakan Zulfarhan Osman.
Mohamad Shobirin sebelum ini didakwa atas kesalahan mencederakan, tetapi telah dilepaskan dari pertuduhan itu di akhir kes pendakwaan.
BACA: "Saya maafkan tertuduh yang 'buat' anak saya" - Bapa Zulfarhan
Dua belas yang lain ialah Mohd Hafiz Fauzan Ismail, Mohamad Lukhmanul Hakim Mohd Zain, Ahmad Shafwan Berdal, Muhammad Amirul Asraff Mala, Luqman Hakim Shamsuri, Muhammad Sufi Mohd Mustapha, Noriznan Izzairi Noor Azhar, Muhamad Ashraf Abdullah, Muhammad Danial Firdaus Azmir, Muhammad Hasif, Muhammad Adib Iman dan Mohamad Syazwan.
Terdahulu, Muhammad Akmal Zuhairi, Muhammad Azamuddin, Muhammad Najib, Muhammad Afif, Mohamad Shobirin dan Abdoul Hakeem dihadapkan atas tuduhan membunuh serta bersubahat membunuh Zulfarhan dan didakwa mengikut Seksyen 302 dan Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.
Bagaimanapun, mahkamah mendapati mereka bersalah atas tuduhan Seksyen 304(a) kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan denda selepas pihak pembelaan berjaya membuktikan tertuduh tidak berniat membunuh mangsa.
Semua tertuduh yang kini berumur 25 tahun didakwa melakukan kesalahan itu di dalam dua bilik, blok penginapan asrama Jebat universiti itu di Kem Perdana, Sungai Besi pada 21 dan 22 Mei 2017.
BACA: Allahyarham Zulfarhan Osman sempat pesan ibu agar jaga diri
Pada 8 April lepas, pembelaan menutup kesnya selepas memanggil 18 penuntut UPNM dan dua saksi lain iaitu Ketua Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sungai Buloh Dr Rohayu Shahar Adnan dan penuntut UPNM Muhammad Alif Farhan Aerosni pada prosiding membela diri yang bermula 2 Okt 2019.
Pendakwaan telah mengemukakan 31 orang saksi termasuk Pakar Perubatan Forensik Hospital Serdang Dr Salmah Arshad serta dua saksi yang melihat perbuatan menekap seterika wap ke badan mangsa iaitu Ahmad Senabil Mohd dan Mohd Syafiq Abdullah, kedua-duanya penuntut UPNM, pada perbicaraan yang bermula 29 Jan 2018.
Kes itu dikendalikan Pengarah Pendakwaan Kuala Lumpur Datin Kalmizah Salleh bersama Timbalan Pendakwa Raya N. Joy Jothi manakala barisan peguam yang mewakili tertuduh ialah Datuk Ranjit Singh Dhillon, Amer Hamzah Arshad, Datuk Hazman Ahmad, Zamri Idrus, Fadly Hashim, Datuk Seri M Ramachelvam dan Datuk Hazizah Kassim.
Ridauddin Daud
Tue Nov 02 2021

Zulfarhan Osman meninggal dunia di Hospital Serdang pada 1 Jun 2017. -Gambar fail

Malakoff buktikan komitmen terhadap agenda kelestarian alam
Malakoff kini melaksanakan inisiatif penjenamaan semula dalam usaha memacu agenda ke arah kelestarian alam dan dunia yang lebih hijau.

Lebih 1,000 jemaah hadir majlis bacaan Yasin sempena Hari Keputeraan Agong
Majlis itu bermula kira-kira 7 malam dengan bacaan Yasin dan doa selamat dipimpin Imam Besar Masjid Negara Ehsan Mohd Hosni sebelum diteruskan dengan solat Maghrib.

Lima negeri terlibat pelantikan, pertukaran pengarah bomba baharu
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengumumkan pertukaran dan pelantikan pengarah di lima negeri berkuat kuasa esok.

Rakyat boleh mohon terus projek infrastruktur kecil kepada Kementerian Ekonomi - Rafizi
Kementerian Ekonomi akan membuka peluang kepada rakyat untuk membuat permohonan peruntukan bagi sebarang projek pembangunan dan infrastruktur kecil awam secara terus kepada kementerian.

INSKEN buka cawangan pertama di Sabah, sedia latihan usahawan
Terletak di Wisma IDS, Penampang, Kampus INSKEN Sabah beroperasi dari Isnin hingga Jumaat bermula pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang.

Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan itu berada pada 4.6110/6165 berbanding dolar AS 4.6105/6155 ketika ditutup pada Rabu.

Melayu mudah lupa bersama PH - Abdul Hadi
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang melabelkan orang Melayu termasuk pemimpinnya yang bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) sebagai Melayu yang mudah lupa.

Penubuhan yayasan bagi setiap persatuan sukan tak munasabah - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berpendapat agak sukar untuk setiap persatuan sukan menubuhkan yayasan sendiri khususnya bagi menjaga kebajikan bekas atlet mereka sewaktu di alam persaraan.

Jamal Abdillah, 29 penggiat seni dibenar saman tuntut royalti PRISM
Jamal menganggap keputusan itu juga adalah satu amaran kepada pihak badan pelesenan lain agar lebih telus dalam melaksanakan tugas dan memberi kesedaran kepada penggiat seni

Hanya JDT bida, Stadium Sultan Ibrahim hos final Piala FA 2023
Gelanggang keramat juara bertahan, Johor Darul Ta'zim (JDT), Stadium Sultan Ibrahim (SSI) di Iskandar Puteri, sah dipilih sebagai venue perlawanan akhir Piala FA 2023.

Kes kematian Zulfarhan: Enam penuntut UPNM dipenjara 18 tahun
Enam penuntut UPNM yang menyebabkan kematian tanpa niat Pegawai Kadet Laut UPNM, Zulfarhan Osman Zulkarnain dipenjara 18 tahun.

Kes bunuh Zulfarhan: Nasib 18 penuntut UPNM diketahui 2 Nov
Nasib 18 penuntut UPNM yang didakwa membunuh, bersubahat membunuh dan mencederakan Pegawai Kadet Laut UPNM Zulfarhan Osman Zulkarnain empat tahun lepas, akan diketahui pada 2 Nov depan.

Kes bunuh Zulfarhan: 'Saya bersyukur bebas, nak sambung pengajian tertangguh'
Satu-satunya penuntut UPNM yang dibebaskan daripada pertuduhan terlibat kes kematian Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain berhasrat untuk menyambung pengajian.