IPOH: Kertas siasatan kes tular kenderaan rasmi menteri mengekori rapat ambulans di Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) antara Tapah menghala ke Simpang Pulai sudah dirujuk kepada Pengarah Pendakwaan Negeri (PPN).
Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, kertas siasatan itu sudah dilengkapkan dan dihantar kepada Pejabat PNN pada Rabu lalu bagi mendapatkan arahan selanjutnya untuk sebarang tindakan.
“Terkini, kertas siasatan itu masih ada di Pejabat PPN apabila kita sudah menghantarnya pada Rabu lepas.
“Sekarang kita tunggu sahaja arahan daripada PPN untuk tindakan selanjutnya,” katanya sempena Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Perak bulan Mac 2024 di pekarangan parkir Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, di sini hari ini.
Beliau mengulas mengenai perkembangan kes tersebut yang tular di media sosial sehingga mengundang pelbagai kritikan netizen.
Mohd Yusri mengakui kerjasama yang diberikan oleh pelaku dalam tempoh untuk kertas siasatan itu dilengkapkan agak baik.
Pada 8 Februari lalu, Mohd Yusri mengesahkan pihaknya sudah mengambil keterangan daripada pemandu kereta rasmi menteri itu ekoran satu laporan polis yang dibuat berhubung insiden yang berlaku sekitar jam 10.27 pagi itu di kilometer 305 PLUS.
Menurutnya, siasatan awal yang dibuat mengikut Peraturan 9 (2) Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 mengesahkan kenderaan yang ditularkan itu ketika kejadian dipandu oleh lelaki yang merupakan pemandu kepada menteri berkenaan, dengan ketika kejadian menteri terbabit turut berada dalam kenderaan itu.
Sehari kemudian, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming sedia memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa susulan insiden kenderaan rasmi dinaikinya yang didakwa mengekori rapat ambulans dalam kecemasan.
Jelas Ahli Parlimen Teluk Intan itu lagi, beliau dalam masa turut bersedia untuk membayar kompaun kesalahan bagi pihak pemandunya jika didapati bersalah kerana melanggar undang-undang.
Abd Razak Mohd Ali
Fri Mar 01 2024

Mohd Yusri berkata mahkamah telah mengambil tindakan kepada pemandu kereta tersebut iaitu dikompaun. - Foto fail/Sinar Harian
Jaguh berbasikal negara kembali beraksi
Bekas jaguh trek berbasikal Datuk Azizul Hasni Awang memberitahu dia kini bersedia kembali dalam arena berbasikal negara.
Ada NGO tak faham isu sebenar
Ahli Parlimen Titiwangsa Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata banyak NGO tidak memahami isu sebenar mengenai Kampung Sungai Baru, justeru beliau akan melakukan sidang media khas pada minggu hadapan di Kampung Baru.
NGO tagih pembelaan selesai pengambilalihan tanah
Perikatan Nasional (PN) digesa bertanggungjawab terhadap nasib penduduk Kampung Sungai Baru di sini yang sehingga hari ini tidak mendapat pembelaan setimpal.
Presiden Pertubuhan Pergerakan Kebajikan Masyarakat Kuala Lumpur, Hussen Zulkarai berkata, parti itu sepatutnya mengaku telah mengakibatkan penduduk di kawasan itu ditipu oleh syarikat yang mengambil alih tanah berkenaan.
Presiden Pertubuhan Pergerakan Kebajikan Masyarakat Kuala Lumpur, Hussen Zulkarai berkata, parti itu sepatutnya mengaku telah mengakibatkan penduduk di kawasan itu ditipu oleh syarikat yang mengambil alih tanah berkenaan.
KPN sahkan tiada laporan polis terhadap Kwong Wah Yit Poh
Polis setakat ini belum menerima laporan ke atas akhbar Kwong Wah Yit Poh berhubung penyiaran bendera Malaysia dalam keadaan tidak lengkap di akaun Facebook rasmi media itu.
Polis kesan wanita dipukul di lampu isyarat
Seorang wanita yang dipukul di lampu isyarat Persimpangan Taman Budiman Valley, Seksyen U15, Shah Alam diminta tampil membuat laporan polis dengan kadar segera.
Kerajaan disaran guna teknologi AI, digital perkasa urus tadbir pilihan raya
Kerajaan disaran memperkasakan pengurusan pilihan raya negara dengan menerapkan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan sistem digital moden bagi membantu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melaksanakan proses pilihan raya yang lebih cekap, telus dan menjimatkan kos.
Arab Saudi kuatkuasa permit masuk ke Mekah bermula 23 April untuk musim Haji
Direktorat Am Keselamatan Awam Arab Saudi mewajibkan semua yang ingin memasuki Mekah untuk mendapatkan permit masuk yang sah, lapor Agensi Berita Saudi (SPA).
AWANI Borneo [19/4/2025] – Tegas PM | PRN Sabah | Jom Masuk U
#AWANIBorneo bersama Jasmine Abu Bakar.
- Mahu projek pembangunan luar bandar Sarawak disegerakan
- GRS akan tentukan kerjasama terbaik demi capai mandat
- KPT komited bantu golongan B40, OKU akses pendidikan tinggi
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
#AWANInews
- Mahu projek pembangunan luar bandar Sarawak disegerakan
- GRS akan tentukan kerjasama terbaik demi capai mandat
- KPT komited bantu golongan B40, OKU akses pendidikan tinggi
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
#AWANInews

Hanya satu kelas teori untuk lesen motosikal, motokar mulai 1 Ogos - Loke
Loke berkata penambahbaikan berkenaan dijangka menjimatkan kos selain memendekkan tempoh proses mendapatkan lesen memandu.

Bekas pemain kebangsaan Croatia Nikola Pokrivac maut kemalangan jalan raya
Bekas pemain bola sepak kebangsaan Croatia, Nikola Pokrivac maut dalam kemalangan jalan raya pada usia 39 tahun.

Kes kenderaan rasmi menteri ekori ambulans masih menunggu arahan PPN - Ketua Polis Perak
Kertas siasatan kes tular kenderaan rasmi menteri mengekori rapat ambulans di lebuh raya PLUS sudah dirujuk kepada Pengarah Pendakwaan Negeri.

Keselamatan, keselesaan antara faktor tukar Perdana ke Vellfire - Tengku Zafrul
Faktor lain ialah Proton tidak lagi mengeluarkan model tersebut di samping mengambil kira kos pembaikan dan penyelenggaraan.