KEMAMAN: Polis akan menyiasat Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Terengganu, Datuk Razali Idris berhubung dakwaan mengeluarkan kenyataan palsu terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan berkata, siasatan tersebut akan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
"Setakat ini Razali belum dipanggil untuk memberi keterangan dan hanya terima satu laporan polis berhubung isu tersebut.
"Jadi pegawai dari Bukit Aman akan hadir ke Terengganu dalam masa terdekat ini untuk merakam percakapan ahli politik tersebut," katanya kepada pemberita selepas meninjau Pusat Penamaan Calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman di Dewan Berlian Utama Majlis Perbandaran Kemaman di sini pada Jumaat.
Pada Rabu lepas, SPRM membuat laporan polis terhadap tuduhan palsu didakwa dikeluarkan Razali Idris.
SPRM menerusi kenyataan memaklumkan, laporan terbabit dibuat pada Rabu, susulan satu hantaran dalam aplikasi TikTok di atas nama pemilik akaun @wancin11 yang memaparkan kenyataan Razali itu.
Di dalam hantaran berkenaan, Razali telah mengeluarkan beberapa tuduhan palsu dalam ceramah beliau sewaktu majlis pelancaran jentera Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman pada 10 November lalu.
Sementara itu, Mazli meminta kepada semua penyokong parti atau calon supaya mematuhi segala peraturan-peraturan yang ditetapkan bagi memastikan proses PRK berjalan dengan lancar.
"Persiapan berjalan lancar. Kita percaya PRK pada terutama esok akan berjalan lancar dan terkawal.
"Kita juga bersedia dengan keadaan semasa sekiranya berlaku banjir," ujarnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Nov 17 2023
Datuk Mazli Mazlan berkata, siasatan tersebut akan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Kes Ketua Bersatu Terengganu disiasat Bukit Aman
Bolis Bersatu Terengganu, Datuk Razali Idris berhubung dakwaan mengeluarkan kenyataan palsu terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).