PASIR PUTEH: Seorang anggota polis berpangkat lans koperal dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Isnin atas dakwaan melupuskan keterangan dan bersubahat mencuri barang kes berkait kesalahan ketum pada 10 Januari lalu.
Bagaimanapun, tertuduh, Bob Fuzainey Hazoni, 41, mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Mohammad Nazri Abdul Rahim.
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh bersama dua yang masih bebas didakwa menyebabkan keterangan kes tersebut hilang dengan niat melindungi daripada hukuman undang-undang di stor barang kes Balai Polis Cherang Ruku di sini antara jam 3 pagi hingga 4 pagi.
Bagi dakwaan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 201 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda jika sabit kesalahan.
Pada pertuduhan kedua, tertuduh didakwa bersubahat bersama-sama dua lelaki yang masih bebas, mencuri di stor barangan kes balai polis sama pada masa dan tarikh yang sama.
Bagi tuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 457 Kanun Keseksaan.
Hukuman bagi Seksyen 457 Kanun Keseksaan boleh dihukum penjara maksimum 14 tahun atau dengan denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Asma’a Che Omar manakala tertuduh diwakili peguam bela, Ahmad ‘Adha ‘Amir Yasser Amri.
Pada prosiding itu, Siti Asma’a menawarkan jaminan RM20,000 terhadap tertuduh namun Ahmad ‘Adha ‘Amir Yasser memohon jumlah itu dikurangkan bagi pihak anak guamnya dengan alasan tertuduh mempunyai banyak tanggungan.
“Tertuduh ada isteri dan empat anak berusia antara setahun hingga 14 tahun, tiga daripada mereka bersekolah. Dia juga menjaga ibu dan bapa yang menghidap sakit jantung.
“Ikat jamin bertujuan sebagai jaminan supaya tertuduh hadir ke mahkamah dan tidak boleh berlebihan,” katanya.
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin berjumlah RM7,000 dengan seorang penjamin.
Sebutan semula kes ditetapkan pada 21 Mac ini dan tertuduh membayar jaminan tersebut.- Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Jan 30 2023
Tertuduh, Bob Fuzainey Hazoni, 41, mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Mohammad Nazri Abdul Rahim.- Gambar/ Sinar Harian
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Jenazah bayi ditahan: Laporan KKM siap selewat-lewatnya minggu depan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukelfy Ahmad memohon orang ramai memberi ruang kepada siasatan, ekoran keunikan kes tersebut.
[TERKINI] Polis rakam keterangan empat individu, jenazah bayi dalam peti sejuk
Polis merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
AWANI Ringkas: Spekulasi Tengku Zafrul tinggalkan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Lans koperal tak mengaku minta rasuah RM10,000
Seorang anggota polis berpangkat lans koperal dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ipoh atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah.
Perlekeh lans koperal: Anggota polis wanita digantung tugas sejak minggu lepas - Saifuddin
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, dua kertas siasatan juga sudah dibuka di bawah Seksyen 506 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan.
Hina lans koperal: Pegawai polis wanita ditahan di Gombak
Polis mengesahkan telah menahan seorang anggota polis wanita yang tular sebelum ini mengeluarkan kata-kata kurang sopan serta menghina anggota bawahan polis.
Hina lans koperal: Pegawai polis wanita dipanggil bantu siasatan
Seorang wanita yang didakwa mengeluarkan kata-kata berunsur hinaan kepada anggota polis menerusi video tular dipanggil untuk memberi keterangan.
'Kau lans koperal tak layak cakap dengan aku'
Tular video memaparkan seorang wanita didakwa mengeluarkan kata-kata berbentuk hinaan kepada anggota polis dalam kejadian baru-baru ini dipercayai berlaku di sekitar kawasan Gombak.
Isteri maut dipercayai ditembak anggota polis berpangkat Lans Koperal
Seorang wanita maut dipercayai ditembak suaminya seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal dalam kejadian di Kampung Bendang Baru Simpang Empat, di Kangar hari ini.
Lans Koperal mengaku tidak bersalah tiga pertuduhan rasuah
Norazmi Afiq juga berhadapan dakwaan meminta suapan berjumlah RM10,000 iaitu masing-masing RM5,000 daripada dua individu.
Inspektor, 2 lans koperal ditahan minta rasuah daripada suspek kes dadah
Seorang inspektor dan dua lans koperal polis ditahan kerana dipercayai meminta rasuah RM15,000 daripada tahanan sebagai balasan melepaskannya daripada kesalahan memiliki dadah.
Lans koperal didakwa ambil rasuah RM500 berkaitan pekerja asing
Tertuduh, Mohd Rosdi Muhammad, 32 tahun, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Jamaludin Mat.
Dua anggota polis terima rasuah bulanan ditahan
Ini susulan daripada penahanan seorang anggota polis berpangkat lans koperal semalam, kata sumber.