PUTRAJAYA: Kes kusta baharu dalam negara meningkat sebanyak 40 peratus kepada 256 kes pada tahun 2023 berbanding 183 kes tahun sebelumnya.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dalam satu kenyataan sempena Hari Kusta Sedunia berkata peningkatan berkenaan berikutan pengukuhan aktiviti mencari dan mengesan kes secara bersasar di lapangan.
"Pengukuhan aktiviti ini adalah selaras dengan saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi mencapai sasaran sifar kes kusta tempatan baharu menjelang 2030.
Pengesanan awal kes dan kontak rapat dapat mengawal penyakit kusta daripada terus merebak, manakala rawatan awal dapat mengurangkan dan mencegah komplikasi penyakit dan kecacatan kekal," katanya.
Beliau berkata Kementerian Kesihatan (KKM) juga turut melaksanakan pemberian rawatan profilaksis Dos Tunggal Rifampicin kepada kontak rapat dan komuniti berisiko seperti saranan WHO sebagai langkah tambahan dalam mengurangkan risiko penyakit kusta.
Hari Kusta Sedunia disambut pada hari Ahad terakhir bulan Januari setiap tahun untuk memberi kesedaran dan pengetahuan kepada masyarakat bahawa penyakit itu masih wujud dan boleh menjangkiti kepada yang berisiko.
Tema Hari Kusta Sedunia pada tahun ini adalah "Hentikan Kusta" yang menyeru kepada semua individu, masyarakat, agensi kerajaan dan bukan kerajaan, pihak berkepentingan untuk bersama-sama dalam usaha mencegah penularan dan menghentikan jangkitan kusta di Malaysia.
Dzulkefly berkata individu yang mempunyai gejala dan tanda jangkitan kusta perlu menjalani ujian torehan kulitatau biopsi kulit bagi pengesahan diagnosis.
"Penyakit ini boleh sembuh dengan pengambilan 'Multi Drug Therapy' (MDT) yang perlu diambil setiap hari dalam tempoh 6 bulan sehingga 18 bulan.
Namun jika lewat atau tidak mendapatkan rawatan, pesakit boleh mendapat komplikasi seperti buta, kelemahan dan kecacatan kekal di otot kaki dan tangan," katanya.
KKM juga menyeru setiap individu dan masyarakat melibatkan diri dalam aktiviti yang boleh mewujudkan kesedaran mengenai penyakit kusta.
"Persekitaran yang positif dan menyokong kepada pesakit dan individu yang terkesan dengan penyakit kusta amat diperlukan supaya kualiti hidup pesakit dipertingkatkan, stigma dan diskriminasi dapat ditamatkan dan sasaran sifar kes kusta baharu tempatan dapat dicapai," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 29 2024
Dr Dzulkefly dalam satu kenyataan sempena Hari Kusta Sedunia berkata peningkatan berkenaan berikutan pengukuhan aktiviti mencari dan mengesan kes secara bersasar di lapangan. - Foto fail/BERNAMA
Malaysia bincang pelanjutan tempoh pengecualian visa pelancong ke China - Saifuddin
Pelanjutan tempoh pengecualian visa pelancong untuk rakyat Malaysia ke China antara perkara yang akan dibincangkan dalam lawatan kerja Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ke negara itu.
Sijil halal: Polis buka kertas siasatan ke atas Teresa Kok - KPN
Polis membuka kertas siasatan ke atas Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok berhubung kenyataannya mengenai isu pensijilan halal.
6 individu maut dua etnik bertelagah di Manipur, India
Serangan awal minggu ini juga menyaksikan penggunaan dron untuk menjatuhkan alat peledak dan polis mengesyaki bahawa dron digunakan oleh pengganas Kuki.
'Sebelum ini mustahil, tapi saya mula yakin wakili Harimau Malaya' - Mats Deijl
Pemain pertahanan kelab Liga Eredivise, Go Ahead Eagles, Mats Deijl teruja mahu menyertai Harimau Malaya.
Bomba kenal pasti 18 'hotspot' kepala air di Kelantan
Kesemua 'hotspot' berkenaan membabitkan kawasan rekreasi air terjun dan sungai termasuk Jeram Pasu dan Jeram Mengaji di Pasir Puteh yang sering menjadi lokasi tumpuan pelancong.
Pihak pengurusan diminta buat kajian terperinci - JBPM
Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis menegaskan lokasi kejadian adalah terkawal dan punca kejadian masih dalam siasatan.
St. James's Park dipilih sebagai tapak memorial Ratu Elizabeth II
Sebuah memorial rasmi bagi memperingati mendiang Ratu Elizabeth II akan ditempatkan di St. James's Park, London.
Runtuhan tebing: Pihak pengurusan diminta buat kajian terperinci - JBPM
JBPM Selangor meminta pihak pengurusan projek Skim Bekalan Air Sungai Rasau di Taman Mas, Puchong, Selangor membuat kajian terperinci.
TPM Ahmad Zahid lakukan lawatan kerja ke China
Beliau antara lain akan menghadiri Persidangan Forum Kerjasama Keselamatan Awam Global Lianyungang (GPSCFL) 2024 dan Forum Perniagaan Halal Malaysia-China.
Haaland bakal dapat lanjutan kontrak, gaji RM4 juta seminggu
Erling Haaland dilaporkan hampir untuk menandatangani lanjutan kontrak yang lumayan bersama Manchester City.
Kes kusta meningkat 40 peratus tahun lepas
Kes kusta baharu dalam negara meningkat sebanyak 40 peratus kepada 256 kes pada tahun 2023 berbanding 183 kes tahun sebelumnya.