awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemindahan teknologi China ke Sabah langkah strategik perkasa pendidikan - Ratib
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS menjelang data pekerjaan AS, keputusan berkaitan tarif
KPM sedia terima saranan ibu bapa isu kerahsiaan - Fadhlina
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes letupan mercun cederakan kanak-kanak di Pasir Puteh tiada unsur khianat - Polis

Bernama
Bernama
19/08/2013
13:45 MYT
Kes letupan mercun cederakan kanak-kanak di Pasir Puteh tiada unsur khianat - Polis
Polis hari ini mengesahkan tiada unsur khianat dalam kejadian letupan mercun yang mencederakan seorang kanak-kanak berumur lapan tahun di Bukit Awang, Pasir Puteh, Jumaat lepas.
Timbalan Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata sehubungan itu, beliau meminta orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menyebabkan kekecohan di kalangan masyarakat berhubung kejadian itu.
Siasatan mendapati tiada unsur khianat dalam kejadian itu kerana mercun itu dipercayai dibakar sendiri oleh mangsa, katanya kepada pemberita selepas melawat kanak-kanak itu di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira 8.45 malam pada Jumaat lalu, Muhammad Harith Danial Errman, 8, dikatakan menemui mercun itu di bahagian dapur rumah neneknya di Bukit Awang, Pasir Putih sebelum menyalakannya menggunakan pemetik api.
Letupan kuat itu menyebabkan murid Sekolah Kebangsaan (SK) Seksyen Enam Kota Damansara, Selangor, cedera di tangan kiri dan mulut, bagaimanapun keadaannya kini dilaporkan stabil.
Sementara itu, Mazlan berkata polis akan menyambung reman seorang anggota tentera yang ditahan pada Rabu lepas berhubung kes letupan di Taman Seri Periuk, Kampung Periuk, Tumpat pada 11 Ogos lepas yang menyebabkan kematian seorang kerani sekolah.
Anggota tentera berpangkat sarjan itu sebelum ini ditahan reman tujuh hari bagi membantu siasatan. Suspek kedua berusia 28 tahun yang juga jiran kepada mentua mangsa menyerah diri kira-kira 10.15 pagi semalam di Ibu Pejabat Polis (IPD) Tumpat, juga ditahan reman selama tujuh hari mulai semalam.
Dalam kejadian pukul 11 pagi, 11 Ogos lepas, kerani Sekolah Rendah Kebangsaan Manek Urai, Kuala Krai, Mohd Yusrizal Mat Zain, 32, maut selepas bungkusan di atas bumbung sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di halaman rumah mentuanya meletup ketika dia mengambil bungkusan itu.
Topic Berkaitan
#bom
#kerani mati
#letupan
#mercun
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan