awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
DUNIA
Erdogan desak usaha damai di Gaza, Ukraine seperti perjanjian Iran-Israel
MALAYSIA
Umat Islam perlu bermuhasabah, perbaharui tekad sempena Maal Hijrah - Sultan Selangor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Kes Maria Chin: Mahkamah Syariah bertindak dalam bidang kuasa sah - Mohd Na'im

Bernama
Bernama
26/06/2025
12:45 MYT
Sponsor Banner
Kes Maria Chin: Mahkamah Syariah bertindak dalam bidang kuasa sah - Mohd Na'im
Mohd Na'im menyeru rakyat agar menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Tinggi Syariah sebagai institusi kehakiman yang sah serta berdaulat. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Keputusan Mahkamah Persekutuan menolak permohonan bagi kebenaran merayu bekas Ahli Parlimen Petaling Jaya Maria Chin Abdullah membuktikan perintah tunjuk sebab Mahkamah Tinggi Syariah bagi kesalahan menghina mahkamah adalah selaras dengan kerangka undang-undang yang sah.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata tindakan memfailkan semakan kehakiman terhadap prosiding Mahkamah Tinggi Syariah adalah cubaan mengganggu fungsi kehakiman yang sah namun ia telah ditolak secara tuntas oleh Mahkamah Persekutuan.
Beliau berkata Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan secara tegas memperuntukkan pengasingan bidang kuasa antara mahkamah sivil dan mahkamah syariah sekali gus keputusan Mahkamah Tinggi Syariah itu tidak boleh dibicarakan semula atau dicabar di mahkamah sivil.
"Ini kerana mahkamah syariah mempunyai bidang kuasa tersendiri yang diperuntukkan secara sah.
"Percubaan untuk membuka ruang kepada campur tangan mahkamah sivil dalam keputusan mahkamah syariah bukan sahaja bercanggah dengan semangat Perlembagaan malah boleh menjejaskan kestabilan sistem kehakiman dualisme yang menjadi ciri unik sistem perundangan Malaysia," katanya.
Beliau turut menyeru rakyat agar menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Tinggi Syariah sebagai institusi kehakiman yang sah serta berdaulat.
"Kedua-dua mahkamah sivil dan syariah hendaklah dilihat berperanan saling melengkapi, bukan bersaing, dengan satu matlamat yang sama iaitu menegakkan keadilan dan kebenaran dalam kerangka perundangan negara," katanya.
Sehubungan itu, Mohd Na'im meminta semua pihak agar tidak mempolitikkan keputusan itu sebaliknya memperkukuh komitmen terhadap prinsip kedaulatan undang-undang dan keharmonian sistem perundangan sedia ada.
"Sebagai menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal agama Islam, saya akan terus memperjuangkan kedudukan dan martabat Mahkamah Syariah agar terus dihormati, dipercayai dan diyakini oleh semua pihak demi kelangsungan sistem keadilan Islam yang adil, berwibawa dan berperlembagaan," katanya.
Mahkamah Persekutuan hari ini sebulat suara menolak permohonan Maria Chin bagi kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang menolak permohonan beliau untuk mencabar notis tunjuk sebab yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah terhadapnya kerana menghina mahkamah.
Panel tiga hakim diketuai Datuk Nordin Hassan, Datuk Abu Bakar Jais dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera membuat keputusan itu selepas mendapati tiada isu perundangan baharu yang mewajarkan Mahkamah Persekutuan mendengar serta memutuskan rayuan Maria.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mahkamah Persekutuan
#JAIS
#Perlembagaan Persekutuan
#Parlimen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami