TOKYO:Angka kematian akibat bunuh diri di Jepun pada bulan Oktober tahun ini lebih tinggi daripada angka korban akibat COVID-19 di negara itu sepanjang tahun ini.
Mengikut statistik kerajaan, seramai 2,153 individu maut bunuh diri pada bulan Oktober.
Angka korban akibat COVID-19 di Jepun pula ialah 2,087, setakat Jumaat.
Jepun adalah salah sebuah negara yang mendedahkan data bunuh diri tepat pada masanya.
Data dari Jepun dapat membantu negara lain memantau kesan ancaman pandemik terhadap kesihatan mental dan ke atas golongan yang paling berisiko.
"Kami tidak melaksanakan perintah berkurung dan kesan COVID-19 sangat minimum jika dibandingkan dengan negara-negara lain.
"Tetapi jumlah kes bunuh diri mencatatkan peningkatan ketara," kata Michiko Ueda, seorang profesor di Universiti Waseda di Tokyo.
Kata Ueda, berdasarkan perkembangan di Jepun, ada kemungkinan terdapat peningkatan jumlah bunuh diri di negara lain juga.
Jepun telah sekian lama bertarung dengan isu bunuh diri dan merupakan salah satu negara dengan kadar bunuh diri tertinggi di dunia, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Pada tahun 2016, Jepun mencatat angka kematian bunuh diri sebanyak 18.5 bagi setiap 100,000 orang.
Tetapi sejak 10 tahun lalu, jumlah bunuh diri mula menunjukkan angka penurunan, dengan statistik pada tahun lalu, jumlah bunuh diri ialah kira-kira 20,000 iaitu jumlah terendah dicatatkan sejak 1978.
Kehadiran pandemik dilihat telah mengubah trend tersebut, dan peningkatan kes bunuh diri secara tidak langsung memberi kesan terhadap golongan wanita.
Terdapat beberapa sebab yang dipercayai menyokong data tersebut. Wanita di Jepun membentuk peratusan lebih besar dalam angka tenaga kerja separuh masa di sektor perhotelan, perkhidmatan makanan dan indutri runcit - yang malangnya, berdepan dengan masalah pemberhentian kerja.
Agensi
Sun Nov 29 2020

Jepun telah sekian lama bertarung dengan isu bunuh diri dan merupakan salah satu negara dengan kadar bunuh diri tertinggi di dunia, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). - Gambar fail

Perhimpunan Agung UMNO ditangguh, pemilihan parti diteruskan
Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, tarikh baharu Perhimpunan Agung UMNO akan ditentukan kemudian.

Lebih 500 individu daftar sebagai sukarelawan vaksinasi fasa percubaan di HUS
Lebih daripada 500 sukarelawan telah mendaftar untuk mengambil bahagian dalam percubaan vaksin COVID-19 di Sarawak.

Rasuah bekas Presiden Korea Selatan, pewaris Samsung Group dihukum penjara
Pewaris syarikat gergasi teknologi, Samsung Group (Samsung), Lee Jae-yong dihukum penjara dua setengah tahun kerana didapati bersalah merasuah bekas Presiden Korea Selatan, Park Geun-hye pada 2015.

Larang Rentas Negeri | Tinjauan Lorong tikus di Pasir Puteh
Sepanjang dua jam wakil Astro AWANI Kelantan, Muhafandi Muhamad berada di Kg Golok, Pasir Puteh, Kelantan. Sepanjang membuat tinjauan, didapati berlaku aktiviti rentas negeri dengan mudah sekali walaupun ketika Perintah Kawalan Pergerakan PKP 2.0 dilaksanakan di Kelantan.

Banjir | Terengganu dijangka tidak berdepan gelombang keenam
Kolonel (PA) Che Adam A Rahman memaklumkan Terengganu ketika ini dalam tempoh 'bertenang' dan dijangka tidak akan berdepan gelombang banjir keenam.

Harga Sayur | Alami kenaikan mendadak
Harga sayur-sayuran di Kedah mengalami peningkatan yang mendadak sejak awal bulan ini.

PKP 2.0: PM Muhyiddin umum berita baik untuk rakyat petang ini
Pejabat Perdana Menteri berkata, pengumuman itu akan disiarkan secara langsung di kesemua stesen TV kerajaan dan swasta.

PKP 2.0: Bantuan pindahan tunai perlu diterus dan segerakan - Penyelidik
Penyelidik, Adam Manaf Mohamed Firouz berkata bantuan kewangan tersebut dilihat merupakan bantuan yang paling berkesan tatkala PKP 1.0 dilaksanakan tahun lalu.

Kemusnahan Air Terjun Tanjung Batu: Permit kontraktor kuari digantung sementara
Mohamed Zin berkata, kajian terperinci turut akan dilakukan di kawasan zon rizab sungai bagi mengelakkan berlakunya mendapan sungai.

UKM tawar rawatan psikososial kepada lelaki bina 11 bonggol
Beberapa sesi rawatan akan dilaksanakan secara dalam talian bermula minggu hadapan dan sebagai permulaan, beliau perlu menentukan status psikologi Nor Muhamad Roslam.

Pakar WHO berlepas ke Wuhan siasat asal-usul koronavirus COVID-19
Kumpulan pasukan pakar dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mula berlepas ke China bagi menyiasat asal-usul pandemik COVID-19 di Wuhan.

COVID-19: Apa yang kita tahu tentang varian baharu di Jepun?
Pada 7 Januari lalu, Jepun mengisytiharkan darurat selama satu bulan di Tokyo susulan peningkatan kes COVID-19 yang dilaporkan di ibu negara negara tersebut.

Varian baharu dikesan di Jepun, beza seperti di UK, Afrika
Jepun mengesan varian baharu COVID-19 daripada seorang pengembara dari Brazil.

Pengalaman dunia berhadapan 'lockdown' semula
Situasi tidak terkawal ini menyebabkan kebanyakan negara dunia terpaksa melaksanakan lockdown atau Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekali lagi.

COVID-19: Satu lagi varian baharu dikesan di Jepun
Pelancong lelaki berusia 40-an tidak menunjukkan sebarang simptom ketika tiba, namun mula mengalami masalah pernafasan dan dimasukkan ke wad.

Kisah 'flying doctor' Malaysia bawa obor Olimpik di NHK World
Legenda olahraga negara Tan Sri Dr M. Jegathesan diberi penghormatan menceritakan kisahnya dalam episod terbaru siri pembawa obor Sukan Olimpik Tokyo 1964 yang disiarkan oleh syarikat penyiaran Jepun.

Terbuka Thailand: Zii Jia mampu cipta kejutan, kata Roslin
Pencabar yang bakal ditentang Zii Jia pernah ditundukkannya sebelum ini.

Terbuka Thailand: Skuad Malaysia teruja kembali ke pentas antarabangsa
Ia dianggap sebagai peluang terbaik untuk mara lebih jauh dalam Terbuka Thailand ini, tatkala buat julung kalinya, tiada wakil dari kuasa besar, China dan Jepun.

Terbuka Thailand: Momota positif COVID-19, pasukan Jepun tarik diri
Menurut Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Ahad, ia sekali gus mendorong semua pemain daripada pasukan Jepun untuk menarik diri daripada menyertai Kejohanan Terbuka Thailand bulan ini.

COVID-19: Jepun pertimbang isytihar darurat kali kedua
Menurut Menteri Ekonomi Jepun, Yasutoshi Nishimura, kerajaan perlu berunding dengan pakar kesihatan sebelum memutuskan deklarasi terbaharu.