awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
Balu Tun Daim fail larangan bersuara terhadap Anwar Ibrahim
Hakim AS sekat usaha pentadbiran Trump tamatkan perlindungan ke atas 350,000 rakyat Haiti
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes mekanik subahat bunuh Kevin Morais dipindah ke Mahkamah Tinggi

Bernama
Bernama
06/01/2016
07:27 MYT
Kes mekanik subahat bunuh Kevin Morais dipindah ke Mahkamah Tinggi
Antara suspek yang dituduh membunuh Kevin Morais. - Gambar fail Astro AWANI/Shahir Omar
Mahkamah Majistret di sini hari ini memerintahkan kes seorang mekanik yang didakwa bersubahat membunuh mendiang Timbalan Pendakwa Raya Anthony Kevin Morais dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Shah Alam.
Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Abdul Razak Musa.
Tertuduh A. Murugan, 44, diwakili peguam R. Thirukumaran manakala Datuk Simon Sabapathy peguam pemerhati bagi pihak adik mendiang, Datuk Richard Dilaan Morais.
Abdul Razak, ketika ditemui pemberita di luar mahkamah, berkata tarikh baharu sebutan kes akan ditetapkan Bahagian Pendaftaran Mahkamah Tinggi Shah Alam sebelum kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di Jalan Duta untuk dibicarakan bersama tertuduh lain dalam kes itu.
Pada 28 Sept tahun lepas, Murugan didakwa bersubahat dengan enam lelaki membunuh Kevin di Desa Mentari di sini antara 9.30 pagi dan 8 malam, 4 Sept tahun lepas.
Sementara itu, Dr Kolonel K. Kunaseegaran, 52, pula didakwa bersubahat dengan enam lelaki itu iaitu G. Gunasekaran, 47, R. Dinishwaran, 23, A. Thinesh Kumar, 22, M. Vishwanath, 25, S. Nimalan, 22, dan S. Ravi Chandaran, 44, membunuh Kevin.
Enam lelaki dan doktor tentera itu didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada 28 Sept tahun lepas dan esok (7 Jan) merupakan tarikh sebutan kes itu.
Kunaseegaran yang merupakan Ke­tua Makmal Patologi, Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan (HATTM), Wangsa Maju sebelum digantung tugas itu dan Murugan, didakwa di bawah Seksyen 109 Kanun Keseksaan dan dibaca mengikut Seksyen 302 kanun sama yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.
BACA: Kes Morais: Siasatan selesai, tiada lagi suspek diburu - Polis
Enam lelaki itu didakwa atas pertuduhan membunuh mangsa pada masa, tarikh dan tempat yang sama dan didakwa mengikut Seksyen 302 kanun tersebut, dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman sama.
Mayat Kevin, 55, ditemui di dalam tong dram berisi konkrit di Persiaran Subang Mewah, Subang Jaya, dekat sini pada 16 Sept tahun lepas.
Mendiang dilaporkan hilang pada 4 Sept dan kali terakhir dilihat meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta di sini untuk ke Putrajaya menaiki kereta Proton Perdana dengan nombor pendaftaran WA6264Q.
BACA: Adik Kevin Morais larikan diri selepas sidang media
Topic Berkaitan
#kes bunuh
#Kevin Morais
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan