awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Seorang maut akibat virus Nipah di Bangladesh - WHO
Sivasangari mara ke suku akhir Terbuka Windy City
Pentagon tamatkan program latihan dan felo dengan Harvard, kata Hegseth
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes menurun: Hospital Selayang, Serdang dijangka tidak lagi jadi hospital COVID-19

Bernama
Bernama
22/09/2021
11:49 MYT
Kes menurun: Hospital Selayang, Serdang dijangka tidak lagi jadi hospital COVID-19
Hospital Selayang (gambar) dan Hospital Serdang dijangka tidak lagi menjadi hospital COVID-19 pada akhir bulan hadapan susulan trend penurunan jangkitan wabak tersebut di Selangor. - Gambar fail
SHAH ALAM: Hospital Selayang dan Hospital Serdang dijangka tidak lagi menjadi hospital COVID-19 pada akhir bulan hadapan susulan trend penurunan jangkitan wabak tersebut di Selangor.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan, Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri Dr Siti Mariah Mahmud berkata bagaimanapun Hospital Sungai Buloh dan Hospital Ampang masih kekal sebagai hospital COVID-19.
Beliau memaklumkan sejak pertengahan bulan ini, Hospital Selayang dan Hospital Serdang telah dihibridkan yang kedua-dua hospital itu bukan lagi menjadi hospital COVID-19 sepenuhnya.
"Kami mahu dua hospital ini kembali kepada sediakala iaitu katil untuk pesakit COVID-19 sudah banyak yang kosong (yang wajar diberi untuk merawat pesakit lain)," katanya pada sidang media hari ini.
Beliau berkata negeri itu telah mencatatkan penurunan kes jangkitan wabak itu termasuk kemasukan pesakit ke hospital dan penggunaan katil unit rawatan rapi (ICU) serta turut mencatatkan penurunan kadar positiviti iaitu sebanyak tujuh peratus pada minggu ke-37 berbanding yang tertinggi iaitu 22. 3 peratus pada minggu ke-30.
MARIAH-HOSPITAL 2 (AKHIR) SHAH ALAM
"Kita berada di landasan yang betul, walaupun jumlah saringan adalah berkurang berbanding dahulu tetapi kadar peratus yang positif juga berkurang dengan kadar kebolehjangkitan kini bawah peringkat nasional iaitu 0.85," katanya.
Selain itu Dr Siti Mariah berkata kadar kesembuhan juga meningkat kepada 97.1 peratus dengan setakat ini, kes aktif adalah sebanyak 10,656 orang yang kebanyakannya dikesan di daerah Petaling, Hulu Langat dan Klang disebabkan faktor kepadatan penduduk.
Katanya perkembangan positif itu berikutan kerjasama semua pihak dalam mematuhi prosedur operasi standard serta kadar vaksinasi yang tinggi juga berjaya menurunkan jumlah kes jangkitan di negeri itu.
Sementara itu, Pengarah Kesihatan Negeri Selangor Datuk Dr Sha'ari Ngadiman berkata pihaknya sentiasa berwaspada walaupun kes jangkitan di Selangor kini menurun.
"Pada masa ini kami turut membantu negeri lain dan kakitangan kami akan sentiasa siap siaga sekiranya ada keperluan," katanya.
Beliau berkata ketika gelombang COVID-19 melanda negeri itu, aktiviti di klinik kesihatan telah dihadkan kepada 25 peratus dan hospital 50 peratus dan kini perkhidmatan tersebut akan dipertingkatkan semula.
"Namun jika berlaku semula peningkatan kes (COVID-19), kami akan kembali semula kepada keadaan sebelum ini," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Hospital Sungai Buloh
#Dr Siti Mariah Mahmud
#Hospital Ampang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan