MALAYSIA
Kes murid Tahun Empat, polis ambil keterangan 35 individu
Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad berkata mereka yang diambil keterangan terdiri pelajar, guru, petugas sekolah serta doktor dan keluarga mangsa. - Gambar fail/Bernama
SEREMBAN: Polis mengambil keterangan 35 individu setakat ini berhubung kes murid lelaki Tahun Empat yang ditemukan tidak sedarkan diri di sebuah sekolah di Senawang di sini, empat hari lepas.
Ringkasan AI
Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad berkata mereka terdiri pelajar, guru, petugas sekolah serta doktor dan keluarga mangsa.
"Kita juga sedang mendapatkan beberapa laporan dan rekod daripada sekolah terbabit, forensik dan hospital. Dijangka dalam masa terdekat kertas siasatan akan dimajukan kepada Timbalan Pendakwa Raya.
"Siasatan lanjut masih dijalankan ketika ini mengikut Seksyen 507C Kanun Keseksaan berkaitan kesalahan buli dan orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi yang tidak berasas sehingga mengganggu proses siasatan," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Pada Rabu lepas, kanak-kanak berusia 10 tahun itu ditemukan tidak sedarkan diri dalam tandas sekolah terbabit sebelum disahkan meninggal dunia.
Alzafny sebelum ini dilaporkan berkata bedah siasat di Unit Perubatan Forensik Hospital Rembau mendapati punca kematian kanak-kanak itu disebabkan tekanan pada leher dan tiada sebarang kecederaan lain pada tubuh badan mangsa.
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek turut dilaporkan berkata kementeriannya menyerahkan sepenuhnya siasatan berhubung kes itu kepada polis dan menegaskan ia akan dijalankan secara telus.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Polis ambil keterangan 35 individu termasuk pelajar, guru, petugas sekolah, doktor dan keluarga mangsa berhubung kes murid tahun empat ditemukan tidak sedarkan diri di tandas sekolah di Senawang.
- Siasatan di bawah Seksyen 507C Kanun Keseksaan berkaitan kesalahan buli, dengan kertas siasatan dijangka dimajukan kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat.
- Bedah siasat sahkan punca kematian tekanan pada leher, tiada kecederaan lain; orang ramai dinasihatkan tidak membuat spekulasi sehingga siasatan selesai.