awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AS rampas dua kapal tangki 'armada bayangan' dikaitkan dengan minyak Venezuela
Terbuka Malaysia 2026: Meskipun sakit, Soon Huat-Shevon bangkit cipta kemenangan
Anwar yakin nilai dagangan Malaysia–Turkiye mampu capai AS$10 bilion lebih awal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes Najib, Irwan Siregar dan Hasanah: Mahkamah KL jadi tumpuan media

Bernama
Bernama
25/10/2018
00:35 MYT
Kes Najib, Irwan Siregar dan Hasanah: Mahkamah KL jadi tumpuan media
Najib, Irwan Serigar dan Hasanah akan didakwa atas pertuduhan kes pecah amanah melibatkan wang Kerajaan Malaysia. - Astro AWANI
Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini menjadi tumpuan pengamal media tempatan dan antarabangsa bagi mengikuti perkembangan kes pendakwaan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah berhubung beberapa kes pecah amanah melibatkan wang milik kerajaan Malaysia.
Seawal pukul 6.30 pagi, pemberita dan jurugambar serta jurukamera daripada pelbagai agensi media mula berkumpul di luar kompleks mahkamah berkenaan.
Tinjauan Bernama mendapati kompleks perkarangan lokasi berkenaan dikawal ketat oleh polis dan media tidak dibenarkan masuk.
Selain Najib dan Mohd Irwan Serigar, bekas Ketua Pengarah Bahagian Penyelidikan, Jabatan Perdana Menteri Datuk Hasanah Ab Hamid juga turut berdepan pendakwaan berhubung kes sama.
Semalam, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kenyataan memaklumkan mereka telah mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara bagi menuduh Najib, Mohd Irwan Serigar dan Hasanah pada hari ini.
Najib, Mohd Irwan Serigar dan Hasanah didakwa di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hasanah Ab Hamid
#Kuala Lumpur
#mahkamah
#Mohd Irwan Serigar Abdullah
#Najib Razak
#pendakwaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan