awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Trump serang media Amerika, tuduh CNN, New York Times sebar maklumat palsu
BISNES
Bursa meningkat pada sesi pembukaan
DUNIA
Iran gantung tiga lelaki didakwa mengintip untuk Israel - Mizan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NATIONAL

Kes pecah amanah: Syed Saddiq sedia hadapi keputusan, mahu bersih nama

Astro Awani
Astro Awani
08/11/2023
14:56 MYT
Sponsor Banner
Kes pecah amanah: Syed Saddiq sedia hadapi keputusan, mahu bersih nama
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam perkongsian di laman Instagram pada Rabu menyerahkan nasibnya kepada Allah SWT dan mahkamah serta menyatakan keyakinan bahawa kebenaran akan menang. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegaskan mahu membersihkan namanya di mahkamah dalam kes pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram yang dihadapinya.
Keputusan sama ada beliau disabitkan atau dibebaskan dalam kes membabitkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) itu akan diketahui pada Khamis, 9 November.
"Esok (Khamis) keputusan mahkamah saya. Tolong doakan.
"Dari tahun 2020 saya dan keluarga disiasat. Bermula dengan cubaan sogokan dan diakhiri dengan ugutan.
"Lagi ditekan, lagi saya lawan...
"...Nasib saya kini di tangan Allah SWT dan mahkamah. Insha’Allah, kebenaran akan menang juga," katanya dalam perkongsian di laman Instagram pada Rabu.
View this post on Instagram
A post shared by Syed Saddiq (@syedsaddiq)
Keputusan bagi kes yang dihadapi beliau akan diputuskan di Mahkamah Tinggi dengan Hakim Datuk Azhar Abdul Hamid dijadual membacakan keputusan itu pada 9 pagi.
"Pada 14 Mac lalu, pembelaan menutup kes setelah memanggil Syed Saddiq dan tiga saksi lain iaitu bekas Ketua Penerangan Armada Ulya Aqamah Husamudin, Mohamed Amshar Aziz (bekas Pegawai Khas Syed Saddiq) dan Siti Nurul Hidayah (bekas Setiausaha Peribadi Syed Saddiq) pada prosiding membela diri yang bermula 22 Februari lalu.
Seramai 30 saksi telah dikemukakan dalam pendakwaan perbicaraan kes itu yang bermula 21 Jun tahun lepas.
Antara yang memberi keterangan ialah ibu bapa Syed Saddiq iaitu Shariffah Mahani Syed Abdul Aziz dan Syed Abdul Rahman Abdullah Asagoff, bekas Penolong Bendahari Armada Rafiq Hakim Razali serta Pegawai Penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Nurul Hidayah Kamarudin, Syahmeizy Sulong dan Asbi Munip.
Bekas Menteri Belia dan Sukan itu didakwa bersubahat dengan Rafiq Hakim, yang diamanahkan dengan dana Armada berjumlah RM1 juta, untuk melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakannya.
Bagi pertuduhan kedua, Syed Saddiq didakwa menyalahgunakan harta untuk diri sendiri iaitu wang RM120,000 daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Armada Bumi Bersatu Enterprise dengan menyebabkan Rafiq Hakim melupuskan wang tersebut.
Syed Saddiq juga berdepan dua pertuduhan melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram iaitu memindahkan wang masing-masing RM50,000 dalam akaun Maybank Islamic Berhad miliknya ke akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya, yang merupakan hasil daripada aktiviti haram.
Topic Berkaitan
#kes pecah amanah
#Ahli Parlimen Muar
#Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
#Mahkamah Tinggi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami