awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Pasangan suami isteri di Besut derita sakit kronik
20 kebakaran terbuka di Melaka dalam tempoh 12 jam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes pecah masuk kediaman cucu Dr Mahathir, polis teliti rakaman CCTV

Bernama
Bernama
26/07/2025
07:34 MYT
Kes pecah masuk kediaman cucu Dr Mahathir, polis teliti rakaman CCTV
Kejadian itu disedari oleh pembantu rumah pada 3 petang Rabu lepas selepas mendapati pintu pagar di bahagian belakang rumah dipotong dan biliknya dimasuki pencuri. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Polis sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengesan suspek yang terlibat dalam kejadian kes pecah masuk kediaman cucu bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Bukit Ledang di sini Rabu lepas, yang mengakibatkan mangsa kerugian RM1.8 juta.

Ringkasan AI
  • Polis sedang menyiasat kes pecah masuk kediaman cucu Tun Dr Mahathir Mohamad di Bukit Ledang yang menyebabkan kerugian RM1.8 juta, termasuk meneliti rakaman CCTV bagi mengesan suspek.
  • Kejadian disedari oleh pembantu rumah pada petang Rabu selepas mendapati pintu pagar belakang dipotong dan biliknya dimasuki pencuri, dengan barang kemas dilaporkan hilang dari bilik utama.
  • Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohamed Usuf Jan mengesahkan siasatan giat dijalankan dan setakat ini suspek masih belum dikenal pasti.

Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohamed Usuf Jan ketika dihubungi Bernama memaklumkan pasukannya kini sedang giat menyiasat kes itu.
"Kita sedang siasat dan setakat semalam, masih belum dikenal pasti (suspek). Kita juga sedang meneliti kamera rakaman litar tertutup (cctv) di kediaman mangsa," katanya.
Beliau semalam mengesahkan kepada media, sebuah kediaman milik cucu kepada bekas perdana menteri itu dipecah masuk mengakibatkan mangsa kehilangan barang kemas bernilai RM1.8 juta yang disimpan di dalam bilik di rumah berkenaan.
Difahamkan kejadian itu disedari oleh pembantu rumah pada 3 petang Rabu lepas selepas mendapati pintu pagar di bahagian belakang rumah dipotong dan biliknya dimasuki pencuri.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes pecah rumah
#cucu Dr Mahathir
#Polis Kuala Lumpur
#kediaman cucu Tun Mahathir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan