KUALA LUMPUR: Setakat Ogos 2023, kes penderaan seksual terhadap kanak-kanak merupakan kes tertinggi dikendalikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dengan 1,603 kes, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Nancy Shukri berkata, ia diikuti dengan kes pengabaian terhadap kanak-kanak dengan 1,530 kes, 156 kes dibuang ibu bapa atau tiada ibu bapa, 73 kes melibatkan penderaan emosi, dan 614 kes lagi akibat faktor lain-lain.
“Kanak kanak yang diselamatkan ini ada yang masih ditempatkan di bawah institusi JKM, ada yang bersama ibu bapa angkat, atau Orang Yang Layak Dan Sesuai (OYLS), dan kembali ke pangkuan keluarga asas setelah dinilai keluarga itu tidak lagi mendatangkan risiko memudaratkan kepada kanak kanak tersebut,” katanya lagi.
Nancy berkata demikian menjawab soalan tambahan William Leong Jee Keen (PH-Selayang) mengenai statistik kanak-kanak didera yang memerlukan perlindungan.
Menjawab soalan tambahan Datuk Mohd Suhaimi Abdullah (PN – Langkawi), Nancy berkata, garis panduan penempatan kanak-kanak dengan OYLS meliputi prosedur operasi standard (SOP) selepas mereka bersama dengan keluarga tersebut.
“Selepas penempatan bersama OYLS, pelindung atau individu yang dilantik mahkamah bagi kanak kanak, sama ada ahli pasukan atau individu yang difikir sesuai, akan menjalankan seliaan ke atas kanak kanak dan OYLS setiap tiga bulan mengikut tempoh perintah makhmakan.
“Pelindung akan membuat janji temu dengan OYLS bersama pelindung JKM, hadir ke pejabat JKM atau buat lawatan ke rumah. Perbincangan bersama kanak kanak atau OYLS dibuat dua kaedah - berasingan atau bersama, menilai keperluan kanak kanak, serta strategi dan perancangan bagi memenuhi peranan keluarga.
“Pelindung juga boleh melawat sekolah ataut tempat kerja, dan adakan perbincangan dengan guru atau majikan mengenai isu serta penyelesaian dan menilai kemajuan kanak kanak tersebut,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Wed Nov 29 2023
Setakat Ogos 2023, kes penderaan seksual terhadap kanak-kanak merupakan kes tertinggi dikendalikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dengan 1,603 kes, kata Datuk Seri Nancy Shukri.
"EU beri layanan tidak adil kepada AS" - Trump
Donald Trump menzahirkan rasa kesal atas ketidakadilan dari segi layanan Kesatuan Eropah (EU) terhadap Amerika Syarikat.
Namun pada masa sama beliau memberi jaminan bahawa bekalan gas asli cecair (LNG) akan terus dibekalkan ke rantau itu.
Namun pada masa sama beliau memberi jaminan bahawa bekalan gas asli cecair (LNG) akan terus dibekalkan ke rantau itu.
Donald Trump umum akan bertemu Putin dalam masa terdekat
Jelas Trump, pertemuan itu bagi menamatkan perang hampir tiga tahun dengan Ukraine yang disifatkannya sebagai peristiwa kehilangan nyawa yang besar.
Trump mahu atasi inflasi, kurangkan cukai
Trump menyatakan komitmennya untuk menangani isu inflasi dan imigrasi haram sambil meningkatkan pengeluaran bahan api fosil di negaranya.
Trump zahir hasrat turun harga minyak global
Pada masa sama Trump menzahirkan hasrat beliau untuk menurunkan harga minyak global.
Jelas Trump, beliau akan berbincang dengan Arab Saudi dan Opec bagi memastikan perkara itu direalisasikan.
Jelas Trump, beliau akan berbincang dengan Arab Saudi dan Opec bagi memastikan perkara itu direalisasikan.
Iran berharap perjanjian nuklear baharu di bawah Trump 2.0
Iran menyuarakan harapan pada Rabu untuk mencapai perjanjian nuklear baharu dengan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump.
Hakim halang perintah eksekutif Trump tamatkan kewarganegaraan kelahiran automatik
Hakim John Coughenour menyifatkan, perintah eksekutif tersebut sebagai "jelas tidak berperlembagaan."
Komander Hamas muncul kembali di Gaza walaupun didakwa telah dibunuh oleh Israel
Tentera Israel mengakui, maklumat risikan mereka mengenai kematian Hussein Fayyadh tidak tepat.
Cklamovski amal prinsip pintu terbuka pemain sertai Harimau Malaya
Ini sekali gus memberi ruang sama rata buat semua pemain, untuk sama-sama membuktikan keupayaan mereka di bawah kendaliannya.
Program makanan percuma Indonesia jangkau 650,000 kanak-kanak setakat ini
Mulai Januari hingga April 2025, program ini menyasarkan 3 juta kanak-kanak. Menjelang April hingga Ogos 2025, ia akan mencapai 6 juta kanak-kanak.
AGM KLHA: Tandatangan didakwa palsu, sebuah persatuan hoki digantung
Terdapat dakwaan pemalsuan tandatangan dalam borang pencalonan menjelang AGM KLHA Sabtu ini.
Keluarga OKU di Kemaman diberikan kaunseling - Nancy
Jabatan Kebajikan Masyarakat Terengganu telah memberikan kaunseling kepada keluarga mangsa lelaki orang kurang upaya (OKU) yang dipukul.
80 anak bekas anggota GISB belum dituntut ibu bapa - Nancy
Nancy berkata 475 lagi telah diserahkan kepada keluarga mengikut Seksyen 30 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 manakala lima lagi diserahkan kepada Orang yang Layak dan Sesuai (OYLS) mengikut akta sama.
Isu jurang gaji siswazah antara jantina perlu ditangani - Nancy
Langkah segera perlu diambil untuk menangani jurang gaji antara siswazah wanita dengan lelaki di Malaysia, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri.
107 anak-anak bekas anggota GISB tidak dituntut
Nancy berkata, seramai 448 kanak-kanak sudah diserahkan kepada keluarga mengikut Seksyen 30(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Bekerja atau tidak, carum PERKESO untuk perlindungan diri dan keluarga
Sekiranya pencarum meninggal dunia, sekurang-kurangnya waris mendapat mendapat faedah dari segi kewangan yang dapat mengurangkan beban.
Kepimpinan cemerlang Abang Jo diiktiraf di peringkat antarabangsa - Nancy
Nancy berkata pengiktirafan itu secara tidak langsung memperkenalkan Sarawak dan menjadi perhatian masyarakat peringkat antarabangsa.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Taska wajib pamer nombor pendaftaran di premis tahun depan - Nancy
Langkah itu diambil bagi memberikan keyakinan kepada ibu bapa terhadap status lesen taska yang menempatkan anak-anak mereka.
GISB: 130 kanak-kanak masih belum dituntut oleh ibu bapa - Nancy
Seramai 130 kanak-kanak yang diselamatkan dari rumah amal dikaitkan dengan GISB masih belum dituntut ibu bapa mereka.
JKM tempatkan 152 pegawai psikologi di kawasan banjir - Nancy Shukri
Jabatan Kebajikan Masyarakat menempat 152 pegawai psikologi di kawasan terjejas banjir bagi membantu memulihkan emosi dan mental mangsa terlibat.