KUALA LUMPUR: Kes bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Maung Datuk Mansor Musa yang menghadapi 58 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM9.22 juta di sini akan dibicarakan di Mahkamah Sesyen Butterworth, bersama dengan 106 pertuduhan lain membabitkan lebih RM11 juta.
Ini berikutan Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Rozina Ayob membenarkan permohonan pihak pendakwaan supaya kes itu dipindahkan ke mahkamah Butterworth.
"Pertuduhan dihadapi tertuduh di mahkamah di sini adalah berkaitan dengan pertuduhan dihadapinya di Pulau Pinang. Memandangkan peguam tiada bantahan, mahkamah membenarkan kes ini dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth," kata Rozina dan menetapkan 28 Sept untuk sebutan semula kes di mahkamah Butterworth.
BACA: Ketua UMNO Bahagian Bayan Baru didakwa lagi dengan 58 pertuduhan rasuah berjumlah RM9.22 juta
Pada 13 Julai, Mansor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Butterworth atas 106 pertuduhan berkaitan pengubahan wang haram bernilai lebih RM11 juta antara September 2011 dan Ogos tahun lepas.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Muhammad Asraf Mohamed Tahir memaklumkan kepada mahkamah bahawa permohonan itu dibuat atas alasan ia melibatkan saksi dan dokumen yang sama dengan kes dihadapi tertuduh di Pulau Pinang.
Peguam Datuk Hasnal Rezua Merican yang mewakili Mansor tidak membantah permohonan itu.
Pada 15 Julai, Mansor, 58, yang juga Pengerusi Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad mengaku tidak bersalah atas 58 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM9.22 juta.
Bagi pertuduhan pertama hingga ke-42, Mansor didakwa melibatkan diri dalam pengubahan wang haram antaranya menerima wang dalam bentuk tunai, menggunakan wang hasil daripada aktiviti haram untuk pembelian saham, rumah dan pembayaran kepada kontraktor melalui syarikat yang berbeza.
Pertuduhan mengikut Seksyen 4 (1) (a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA 2001) yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5 juta atau penjara tidak melebihi lima tahun, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Sementara itu, bagi pertuduhan ke-43 hingga ke-58, dia didakwa menerima, mengguna dan memindahkan wang dari sebuah syarikat yang merupakan hasil daripada aktiviti haram.
Pertuduhan di bawah Seksyen 4 (1) (b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001) yang membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda hingga lima kali hasil daripada kegiatan haram itu atau RM5 juta, mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Kesemua perbuatan itu didakwa dilakukan di Public Bank cawangan Jalan Raja Chulan dan Starpac Point serta RHB Bank Berhad cawangan KLCC di sini, antara Disember 2008 hingga Mei 2015.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 26 2021
Pada 15 Julai, Mansor yang juga Pengerusi Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad mengaku tidak bersalah atas 58 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM9.22 juta. - Gambar fail
Penyerang Kamal Adli dijatuhkan hukuman lebih 2 tahun oleh mahkamah Singapura
Lelaki yang menyerang pelakon Malaysia, Kamal Adli menggunakan belantan tahun lepas, dijatuhkan hukuman penjara dua tahun, empat bulan dan dua minggu.
SPRM jangka ada beberapa tangkapan isu tuntutan palsu anak menteri besar - Azam
SPRM akan membuat beberapa tangkapan lagi, berhubung kes melibatkan anak seorang menteri besar bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
SPRM akan panggil beberapa lagi individu bantu siasatan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil beberapa lagi individu bagi membantu siasatan dakwaan pemalsuan dokumen tuntutan berjumlah RM600,000 melibatkan lima individu termasuk anak seorang Menteri Besar.
Pak Lah stabil, masih perlukan rehat secukupnya
Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), di sini, pada Rabu setelah mengalami small spontaneous pneumothorax.
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
SPRM tidak pernah henti siasatan kes LCS - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah menghentikan siasatan berhubung kes pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).
Liga Arab gesa UNSC terima pakai resolusi gencatan senjata di Gaza
Majlis Liga Arab gesa Majlis Keselamatan menerima pakai resolusi, di bawah Bab VII Piagam PBB memaksa Israel untuk gencatan senjata di Gaza.
Insiden kecoh ketika pengebumian: Pemandu kereta tertekan hon kerana panik - Polis
Polis menerima laporan seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika pengebumian Komander Muhammad Firdaus Ramli, di Masjid Jamek Sungai Nibong malam tadi.
Isytihar harta: Tun M antara individu yang disiasat SPRM
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat SPRM berhubung isu pengisytiharan harta.
PRK Kuala Kubu Baharu: Bakal calon disaran isi borang, buat semakan awal - SPR
Bakal calon yang ingin bertanding dalam PRK Kuala Kubu Baharu disaran mengisi borang dan membuat semakan awal.
Nahas helikopter Lumut: KPWKM beri bantuan RM3,000 kepada keluarga mangsa
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sumbang bantuan RM3,000 kepada waris mangsa nahas helikopter yang terhempas di Lumut.
Bekas ADUN disiasat kes tangkap ikan guna renjatan elektrik
Bekas ADUN Terengganu dipanggil bagi memberi keterangan susulan penularan video memaparkan tindakan beliau menangkap ikan menggunakan alatan terlarang.
Bantuan Khas Aidilfitri RM1,000 untuk penjawat awam Perak, bekas ADUN RM500
Penjawat awam negeri Perak bakal menerima Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri berjumlah RM1,000 pada 25 April ini.
PRN Melaka: PH belum buat sebarang perbincangan isu calon empat bekas ADUN - Adly
PH belum mengadakan sebarang perbincangan mengenai nasib empat bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menyokong gabungan itu.
Kes pengubahan wang haram RM9.22 juta bekas ADUN Batu Maung dipindah ke Mahkamah Butterworth
Kes bekas ADUN Batu Maung Datuk Mansor Musa yang menghadapi 58 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM9.22 juta akan dibicarakan di Mahkamah Sesyen Butterworth.
Bekas ketua kampung tipu sumbangan untuk bina surau didenda RM150,000
Zulkifle membuat pengakuan itu atas satu daripada tiga pertuduhan pilihan yang dikenakan terhadapnya.
Bekas ADUN Bangi Amran Kasimin meninggal dunia
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 5.56 petang di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia.