awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ketua UMNO Bahagian Bayan Baru didakwa lagi dengan 58 pertuduhan rasuah berjumlah RM9.22 juta

Hakim Rahman
Hakim Rahman
15/07/2021
04:53 MYT
Ketua UMNO Bahagian Bayan Baru didakwa lagi dengan 58 pertuduhan rasuah berjumlah RM9.22 juta
Ketua UMNO Bahagian Bayan Baru, Datuk Mansor Musa sekali lagi didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas 58 pertuduhan rasuah berjumlah RM9.22 juta.
KUALA LUMPUR: Ketua UMNO Bahagian Bayan Baru, Datuk Mansor Musa sekali lagi didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas 58 pertuduhan rasuah berjumlah RM9.22 juta.
Pengerusi Koperasi syarikat hartanah di Pulau Pinang berusia 58 tahun itu membuat pengakuan tidak bersalah dan memohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Suzana Hussin.
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Maung itu didakwa dengan 42 pertuduhan di bawah Seksyen 4 (1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 [Akta 613] (AMLATFA 2001) berjumlah RM 4.22 juta.
Mansor juga didakwa dengan 16 pertuduhan di bawah Seksyen 4 (1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 [Akta 613] (AMLATFAPUAA 2001) berjumlah RM 5 juta.
Kesemua kesalahan didakwa dilakukan di Kuala Lumpur antara 2008 hingga 2015.
Hakim Suzana kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM200,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 26 Julai 2021 sebagai tarikh pengurusan kes.
Sebelum ini beliau turut membuat pengakuan tidak bersalah terhadap 106 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram bernilai RM 11 juta di Mahkamah Sesyen Butterworth pada Isnin.
Mengikut pertuduhan, Mansor didakwa terbabit melakukan transaksi dan perbelanjaan wang haram iaitu wang tunai, saham, dan hartanah dibawah kuasanya sebagai pengerusi koperasi.
BACA: Ketua UMNO Bahagian Bayan Baru didakwa 106 tuduhan rasuah, ubah wang haram RM11 juta
Topic Berkaitan
#UMNO
#ADUN
#Rasuah
#Mahkamah Sesyen
#koperasi
#SPRM
#Bayan Baru
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan