GEORGE TOWN: Polis menasihatkan orang ramai agar berhati-hati dengan urusan jual beli durian secara dalam talian terutama menjelang musim raja buah itu di Pulau Pinang berikutan terdapat kes penipuan membabitkan kes tersebut.
Polis Daerah Timur Laut dalam satu kenyataan menerusi Facebook memaklumkan pihaknya mengesan peningkatan kes penipuan pembelian durian secara dalam talian di daerah itu yang dipercayai didalangi sindiket penipuan.
"Modus operandi sindiket itu ialah mereka akan mengiklankan penjualan durian dengan harga yang murah di media sosial antaranya Facebook dan Instagram.
"Mangsa yang tertarik dengan iklan tersebut akan berurusan dengan ahli sindiket melalui aplikasi WhatsApp berdasarkan nombor telefon yang tertera pada iklan itu dan mangsa kemudiannya diarahkan klik pada pautan yang diberikan dan memuat turun aplikasi 'D4 Durian' untuk membuat bayaran," menurut kenyataan itu hari ini.
Menurut kenyataan itu, apabila mangsa klik pada pautan yang diberikan, ia akan membawa halaman yang menyerupai 'FPX Transaction' dan sebaik sahaja mangsa memasukkan 'username' dan kata laluan, sistem pembayaran tersebut akan tergendala.
Kenyataan itu memberitahu mangsa akan menerima mesej daripada pihak bank bahawa berlaku pemindahan wang daripada akaun mangsa ke akaun pihak ketiga dalam jumlah yang tinggi daripada harga pembelian tersebut.
"Orang ramai dinasihatkan agar jangan sesekali memuat turun sebarang aplikasi yang tidak pasti ketulenannya dan jangan mendedahkan username, kata laluan atau apa-apa maklumat perbankan kepada pihak ketiga," katanya.
Sementara itu, dalam kes berasingan Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Kamarul Rizal Jenal berkata pihaknya menahan seorang lelaki kerana disyaki menyamar polis dan memeras ugut sepasang kekasih di kawasan pemandangan pendaratan pesawat di landasan kapal terbang Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP), Bayan Lepas dekat sini hari ini.
Beliau berkata lelaki berumur 26 tahun itu ditahan kira-kira pukul 10 pagi tadi di Jalan Kampung Perlis, Bayan Lepas dan polis merampas sebuah motosikal yang digunakan dalam kejadian tersebut.
"Dalam kejadian 3 Mei lepas, pasangan terbabit yang berada di kawasan pemandangan tersebut didatangi seorang lelaki menunggang sebuah motosikal yang mendakwa sebagai anggota polis Balai Bayan Lepas, suspek kemudiannya memeras ugut mereka," katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengesan sama ada lelaki yang tidak bekerja itu turut terlibat dalam kejadian menyamar polis sebelum memeras ugut atau menyamun mangsa-mangsa lain.
Menurutnya, lelaki itu direman bagi membantu siasatan dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 06 2022

Polis menasihatkan orang ramai agar berhati-hati dengan urusan jual beli durian secara dalam talian. - Gambar hiasan

Penganggur didakwa bunuh pelajar perempuan 16 tahun
Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh teman wanitanya di rumah lelaki itu pada bulan lepas.

2.4 juta kenderaan dijangka ke Pantai Timur sempena Aidiladha
Anih Berhad menjangkakan sebanyak 1.648 juta kenderaan bakal menggunakan Lebuhraya Kuala Lumpur Karak dan 704,000 di LPT1 kali ini sempena Aidiladha.

Dua belas individu didakwa tawar pinjaman tidak wujud
Dua belas individu termasuk tiga wanita masing-masing didenda RM3,000 selepas mengaku bersalah menawarkan pinjaman tidak wujud Jun lepas.

Lebih banyak hari tanpa hujan sehingga September
Kebanyakan tempat di seluruh negara akan mengalami bilangan hari tanpa hujan lebih banyak sepanjang tempoh Monsun Barat Daya yang bermula pada 14 Mei dan dijangka berterusan sehingga pertengahan Sept.

Tawar ibadah korban di Bumi Anbia lebih murah - Aman Palestin
Ia menawarkan pakej baharu yang ditambah baik berdasarkan kualiti dan saiz daging yang bersesuaian dengan harga.

CSO Platform for Reform gesa kerajaan lebih telus lantik anggota Suhakam
Sudah tiba masanya untuk mempunyai mekanisme bebas bagi pelantikan Pesuruhjaya Suhakam.

Tangkapan, kes jenayah narkotik meningkat separuh pertama 2022 - PDRM
Kesemua kes tersebut melibatkan Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Racun 1952 dan Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.

Pengerusi Suhakam perlu utamakan isu kematian dalam tahanan - CENTHRA
Ketua Eksekutif CENTHRA Azril Mohd Amin berkata pelantikan Rahmat adalah bertepatan untuk merungkai isu hak asasi manusia di negara ini

Prosiding pengesahan lafaz cerai MB Perlis pada 25 Ogos
Prosiding ditangguhkan kerana Azlan Man tidak hadir kerana mempunyai urusan kerja yang tidak dapat dielakkan.

Sime Darby jual syarikat-syarikat Pelabuhan Weifang pada RM1.27 bilion
Sime Darby Bhd menamatkan perniagaan pelabuhan bukan teras dengan menjual keseluruhan kepentingan ekuiti dalam syarikat-syarikat Pelabuhan Weifang pada kira-kira RM1.27 bilion.

Jenayah komersial di N.Sembilan meningkat 6.87 peratus
Kes jenayah komersial di Negeri Sembilan meningkat 6.87 peratus dengan 839 kes direkodkan sejak Januari hingga Mei tahun ini berbanding 785 kes bagi tempoh sama tahun lepas.

Dua suspek ditahan tipu perunding kewangan lebih RM600,000 - Polis
Kedua-dua suspek yang merupakan dalang utama kes berkenaan ditahan di Jalan Bukit Bintang pada tengah hari Khamis.

Peneroka rugi RM39,000 diperdaya Macau Scam
Seorang peneroka di Jempol mendakwa kerugian RM39,000 setelah diperdaya sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan pegawai polis pada 7 Mei lepas.

Tipu sewa tapak bazar Ramadan menerusi FB, remaja 19 tahun ditahan polis
Polis menahan seorang remaja berusia 19 tahun selepas dipercayai memperdaya orang ramai untuk membayar deposit bagi sewa tapak bazar Ramadan dan Festival Aidilfitri di Bukit Jalil.

Kes penipuan beli durian dalam talian meningkat - Polis P. Pinang
Polis menasihatkan orang ramai agar berhati-hati dengan urusan jual beli durian secara dalam talian.

Percaya janji 'doktor', kerani rugi lebih RM100,000
Seorang kerani wanita sebuah syarikat swasta kerugian RM152,500 selepas berkenalan dengan seorang 'doktor' di media sosial yang berjanji akan berkahwin dengannya.

Kes penipuan pinjaman wang tidak wujud babit kerugian lebih RM8 juta - Bukit Aman
Berdasarkan statistik polis, penipuan pinjaman tidak wujud terus mencatatkan jumlah kes yang tinggi saban tahun.

Kes penipuan pinjaman tidak wujud: 545 ditahan, kerugian lebih RM5.3 juta
Seramai 545 orang ditahan dalam tempoh itu berbanding 3,183 individu tahun lepas berkaitan kes sama dan 3,092 pada 2020.

Macau Scam: 26 kertas siasatan dibuka libatkan kerugian RM1.3 juta di Ipoh
Sejumlah 26 kertas siasatan dibuka Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh berhubung kes penipuan "Macau Scam" membabitkan anggaran kerugian RM1.3 juta bagi tempoh dua bulan pertama tahun ini.

Lebih 98,000 kes penipuan dalam talian direkodkan dari 2017-2021, libatkan kerugian RM3.3 bilion
Sebanyak 98,607 kes penipuan dalam talian dengan kerugian dianggarkan bernilai RM3.3 bilion dilaporkan di seluruh negara bagi tempoh 2017 hingga tahun lepas.