awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes kartel tipuan bida: Enam perusahaan berdepan penalti kewangan - MyCC
Ayam Belanda halal dari Rusia selamat, berkualiti - Mohamad
Banci: Guna tenaga sektor pertanian cecah 1.7 juta, jana pendapatan RM186.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes penipuan dalam talian di Negeri Sembilan meningkat sejak Mac tahun lepas

Bernama
Bernama
12/07/2021
09:30 MYT
Kes penipuan dalam talian di Negeri Sembilan meningkat sejak Mac tahun lepas
Terdapat lima kategori kes yang kerap dilaporkan iaitu melibatkan e-dagang, pinjaman tidak wujud, pelaburan, Macau Scam dan Love Scam. - Gambar hiasan/Freepix
SEREMBAN: Kes jenayah melibatkan penipuan dalam talian di Negeri Sembilan meningkat kepada 2,170 kes sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dari 13 Mac 2020 hingga 30 Jun tahun ini berbanding 1,424 kes bagi tempoh sama tahun sebelumnya.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Negeri Sembilan Supt Aibee Ab Ghani berkata, kes jenayah itu menyumbang 73 peratus daripada keseluruhan jenayah komersial di negeri berkenaan dengan kerugian bernilai lebih RM30 juta berbanding RM23.4 juta bagi tempoh sama tahun sebelumnya.
"Terdapat lima kategori kes yang kerap dilaporkan iaitu melibatkan e-dagang (belian secara dalam talian) yang merekodkan jumlah tertinggi dengan 947 kes diikuti pinjaman tidak wujud (587), pelaburan (242), Macau Scam (232) dan Love Scam (162)," katanya dalam kenyataan hari ini.
Aibee berkata, keseluruhannya sebanyak 2,971 kes jenayah komersial dilaporkan di negeri ini dalam tempoh tersebut, yang meningkat sebanyak 581 kes (24 peratus) berbanding 2,390 kes dalam tempoh sama tahun sebelumnya dengan kerugian mencecah RM112 juta.
Beliau berkata antara faktor peningkatan itu adalah disebabkan kesukaran orang ramai melakukan pembelian secara fizikal sekali gus memilih pembelian secara dalam talian selain mempunyai banyak masa melayari Internet.
Justeru, beliau menasihati orang ramai supaya lebih berhati-hati dan sentiasa berwaspada ketika membuat sebarang urusan secara dalam talian dengan tidak mendedahkan maklumat peribadi serta perbankan kepada pihak ketiga.
"Jangan sesekali mendedahkan nombor akaun dan kod pengesahan transaksi (TAC) kepada pihak ketiga kerana dikhuatiri maklumat tersebut boleh disalahgunakan selain tidak terpedaya dengan hantaran pautan daripada pihak tertentu," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#scam
#sindiket
#penipuan
#dalam talian
#online
#polis
#PDRM
#Negeri Sembilan
#love scam
#Macau Scam
#pinjaman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan