awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Nama anak boleh ditolak JPN? Fakta penting dan mengejutkan yang mama papa wajib tahu
SAR lelaki hilang ketika memancing dihentikan
COP30: TNB pengupaya utama pacu kerjasama tenaga menerusi Grid Kuasa ASEAN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes polis bunuh pelajar: Terdapat kesan calar, koyak, geseran pada pakaian mangsa

Bernama
Bernama
12/11/2024
10:35 MYT
Kes polis bunuh pelajar: Terdapat kesan calar, koyak, geseran pada pakaian mangsa
Mohd Nazri Abdul Razak, 45, seorang pegawai kanan polis berpangkat DSP, didakwa membunuh Muhammad Zaharif di Jalan Taman Jati 1 berhampiran SMK Jati di sini antara 11.45 pagi hingga 12.32 tengah hari, 15 Dis 2023. - Gambar fail
IPOH: Mahkamah tinggi di sini hari ini diberitahu terdapat geseran, calar dan koyakan pada pakaian yang dipakai Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, selepas mangsa dilanggar sebuah kereta jenis Perodua Ativa pada Disember tahun lepas.
Keterangan itu diberikan saksi ke-10, seorang kanak-kanak yang berada di bahu jalan berhampiran lokasi kejadian iaitu persimpangan Jalan Taman Jati 1/ Jalan Pekeliling Meru Indah, berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati ketika insiden itu berlaku.
Semasa pemeriksaan balas oleh peguam tertuduh M. Athimulan, saksi menjelaskan bahawa mangsa ketika kejadian memakai pakaian pendidikan jasmani berwarga hitam dan merah jambu, serta seluar yang turut mengalami kesan terkoyak, geseran dan calar akibat pelanggaran itu.
Prosiding perbicaraan yang memasuki hari keenam hari ini berlangsung di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Bhupindar Singh Gucharan Singh Preet.
Athimulan turut bertanya kepada saksi sama ada mangsa (Muhammad Zaharif) pernah mengubah suai motorsikalnya atau membuat bunyi 'rem' sebelum hari kejadian, namun saksi menyatakan dia tidak pasti mengenai perkara itu.
Athimulan: Ada 10 orang telah rem motosikal mereka berdekatan kedai Ratna di mana kedai bapa Zaharif ada juga?
Saksi: Saya tidak ingat.
Athimulan: Ada kamu nampak sebelum Zaharif letak motosikal di tanda M dari mana dia datang, adakah daripada kedai bapa dia?
Saksi: Saya tidak tahu.
Athimulan: Boleh saya katakan Zaharif bergerak daripada deretan kedai bapa dan rem motosikal?
Saksi: Tidak setuju.
Athimulan: Adakah kamu dengar rem daripada motosikal Zaharif?
Saksi: Ada.
Kemudian, sebelum saksi kanak-kanak ke-10 mengakhiri keterangannya di mahkamah hari ini, Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Afzainizam Abdul Aziz telah meminta dia untuk mengenal pasti OKT.
Setelah penghadang telah dibuka, saksi mengesahkan bahawa OKT adalah individu yang melanggar Muhammad Zaharif dalam kejadian tersebut.
Mohd Nazri Abdul Razak, 45, seorang pegawai kanan polis berpangkat DSP, didakwa membunuh Muhammad Zaharif di Jalan Taman Jati 1 berhampiran SMK Jati di sini antara 11.45 pagi hingga 12.32 tengah hari, 15 Dis 2023.
Beliau didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara 30 hingga 40 tahun dan sebatan minimum 12 kali, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Afzainizam, TPR Nasrul Hadi Abdul Ghani, V. Suloshani dan Low Qin Hui, manakala tertuduh diwakili Athimulan, peguam Datuk Mior Faridalathrash Wahid dan Aiman Hakim Kamaruzzaman.
Bhupindar Singh kemudiannya menangguhkan prosiding perbicaraan itu dan bersambung esok pagi dengan saksi yang ke-11.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#polis langgar pelajar
#polis bunuh pelajar
#Meru
#kes mahkamah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan