awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes positif kembali dua angka, ini lima perkara penting kenyataan KKM

Isabelle Leong
Isabelle Leong
12/07/2020
09:42 MYT
Kes positif kembali dua angka, ini lima perkara penting kenyataan KKM
Lima perkara yang anda perlu tahu pada kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. - gambar fail
Kes positif COVID-19 di Malaysia kembali kepada dua digit berikutan terdapat 14 lagi kes baharu positif yang dilaporkan pada Ahad.
Berikut merupakan lima perkara yang anda perlu tahu pada kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
1. Malaysia mencatatkan 14 kes baharu, menjadikan kumulatif kes sebanyak 8,718 kes.
2. Daripada jumlah kes baharu, tiga adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan semua warganegara Malaysia manakala daripada 11 kes penularan di dalam negara pula, tiga kes adalah di kalangan warganegara dan lapan kes adalah di kalangan bukan warganegara Malaysia.
3. Empat kes telah pulih dan dibenarkan discaj, menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 8,519 kes atau 97.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.
4. Tiada kes kematian dicatatkan. Jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 122 kes iaitu 1.39 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.
5. Sebuah kluster baharu dikesan di sebuah syarikat kejuruteraan di Kuching. Sehingga 12 Julai 2020 jam 12 tengah hari, sebanyak dua kes positif COVID-19 telah dilaporkan dalam kluster ini.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Dr Noor Hisham Abdullah
#Kementerian Kesihatan
#kes positif
#Kluster baharu
#lima perkara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan