awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes rabies di Perlis terpencil - KP JPV

Bernama
Bernama
13/06/2018
21:24 MYT
Kes rabies di Perlis terpencil - KP JPV
Dr Quaza tidak menolak kemungkinan kejadian itu berpunca daripada kejadian penyakit rabies di Hadyai, Songhkla di selatan Thailand awal tahun ini. - Gambar hiasan
Kes penyakit rabies yang dilaporkan di Perlis merupakan kes terpencil dan orang ramai tidak perlu bimbang, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar Datuk Dr Quaza Nizamuddin Hassan Nizam.
Beliau berkata dalam kejadian pada 7 Jun lalu, seorang pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) telah digigit anjing semasa proses menangkap anjing terbiar di Kampung Batu 2, Jalan Kaki Bukit, Kangar.
"Anjing tersebut didapati mati di dalam kurungan sehari selepas ditangkap. Hasil ujian makmal ke atas sampel anjing tersebut menunjukkan positif terhadap penyakit rabies.
"Mangsa gigitan telah dirujuk ke pihak hospital dan telah diberikan rawatan," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.
Beliau menasihatkan orang ramai untuk mengelakkan diri daripada gigitan anjing liar dan jika berlaku gigitan, cuci tempat gigitan dengan air dan sabun dan selepas itu terus ke klinik kesihatan atau hospital berdekatan untuk mendapat rawatan.
Dr Quaza tidak menolak kemungkinan kejadian itu berpunca daripada kejadian penyakit rabies di Hadyai, Songhkla di selatan Thailand yang bersempadan dengan Perlis dan Kedah yang melibatkan kes pada anjing dan manusia pada awal tahun ini.
Beliau berkata sejak awal tahun lagi, Jabatan Perkhidmatan Veterinar telah memulakan kawalan penyakit rabies dan sejumlah 1,666 ekor anjing diberi suntikan vaksin, 56 ekor ditangkap dan ditidurkan selain melaksanakan kempen kesedaran awam melibatkan 5,860 orang dan survelan di 796 buah premis.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#anjing
#gigitan
#Hospital
#Kangar
#kesihatan
#mangsa
#pegawai APM
#Perlis
#rabies
#sempadan
#Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan