KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) berjaya mengurangkan kes rawatan tertunggak bukan COVID-19 di hospital kerajaan sebanyak 33.8 peratus dalam tempoh yang singkat setelah melaksanakan pelbagai inisiatif termasuk pembedahan secara besar-besaran sejak akhir tahun lepas.
Menteri berkenaan Khairy Jamaluddin berkata sebelum itu, terdapat sejumlah 57,355 kes tertunggak bukan COVID-19 yang terdiri daripada 53,785 kes berasaskan surgikal dan 3,570 kes berasaskan perubatan dilaporkan pada 30 Sept 2021.
"Dengan beberapa inisiatif termasuk prosedur pembedahan secara besar-besaran yang dilakukan secara 'bergotong-royong' oleh KKM bersama dengan hospital swasta, jumlah kes ini telah dapat diturunkan sebanyak 19,392 kes atau 33.8 peratus kepada 37,963 kes pada 31 Dis 2021.
"Jadi melihat kepada ini, kita akan berusaha lagi mengurangkan angkanya dengan terus melaksanakan inisiatif sama di beberapa hospital termasuk Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan bagi disiplin neurologi," katanya ketika berucap merasmikan Program Berskala Besar Pembedahan Urologi (MUSI) di Hospital Selayang hari ini.
Beliau berkata pengurangan kes tertunggak yang dicapai turut disumbang oleh pendekatan KKM melaksanakan penyumberluaran perkhidmatan kepada hospital swasta sejak awal pandemik COVID-19 serta pembukaan semula dewan bedah elektif di hospital kerajaan secara berperingkat bermula Oktober tahun lepas.
Mengulas program MUSI, Khairy berkata KKM menyasarkan dapat menyelesaikan sebanyak 50 kes tertunggak melibatkan penyakit sistem urinari dan sakit tuan sepanjang tempoh empat hari program dilaksanakan bermula semalam.
"Berdasarkan (data), terdapat sebanyak 4,000 kes tertunggak urulogi dilaporkan pada Oktober 2021 manakala pada akhir Disember 2021, jumlah kes elektif ini yang masih menunggu pembedahan adalah 2,780 kes.
"Majoriti daripada kes yang masih menunggu untuk pembedahan ini pula berkaitan kes batu karang sama ada di buah pinggang, ureter atau pundi kencing dan kes pembengkakan yang bukan kanser atau BPH.
"Sekiranya dibiarkan terlalu lama, kes boleh menyebabkan pesakit mengalami komplikasi lain seperti jangkitan kuman dan kerosakan buah pinggang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 11 2022
Khairy berucap pada Majlis Perasmian Program Mass Urology Surgery Initiative (MUSI) di Hospital Selayang hari ini. - Foto BERNAMA
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
KJ pernah cadang Najib ambil tindakan terhadap Jho Low
Najib bagaimanapun enggan berbuat demikian dengan alasan Jho Low merupakan seorang ahli perniagaan yang sah dan berjaya.
KJ tepati ramalan rangkul anugerah Penyampai Radio Popular
Khairy atau KJ menewaskan penyampai lebih senior seperti Sharifah Shahirah, Haiza, Tyzo dan DJ Sonic.
Hampir 5,000 peserta ketepi fahaman politik sertai Larian Keluarga Malaysia
LKM mungkin jadi acara tahunan kerana dapat penyertaan menggalakkan dan ia membantu YKM meraih dana untuk menjaga ribuan anak yatim.
Pas perlu lupakan Muafakat Nasional, tumpu strategi baharu - Khairy
Khairy Jamaluddin sarankan Pas fokus strategi baharu dan tidak lagi bergantung pada Muafakat Nasional yang dianggap tidak relevan.
Kalau nak jadi PM, KJ perlu ikut keberanian Anwar ‘lawan’ AS - Zaid
Anwar sedar risiko yang dihadapinya jika 'melawan' AS tapi itulah jalan untuk menjadi pemimpin Islam terkemuka kerana Malaysia hanyalah sebuah negara kecil yang tiada suara besar di pentas dunia.
KJ tak dapat sertai, Syed Saddiq tamat larian KBHM 1 jam 46 minit
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berjaya menamatkan larian Kota Bharu Half Marathon (KBHM) di sini pada Sabtu.
Khairy, Syed Saddiq sertai Kota Bharu Half Marathon 2024
Khairy Jamaluddin dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman antara 2,055 peserta yang bakal memeriahkan Kota Bharu Half Marathon (KBHM) 2024 Sabtu ini.
Khairy selar tindakan Speaker gantung Wan Ahmad Fayshal
Khairy Jamaluddin menyelar tindakan kerajaan menggantung Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal selama enam bulan.
Laporan Ketua Audit Negara ada kelemahan, penemuan tak tepat - Khairy
Khairy berkata terdapat juga laporan LKAN yang ditulis berjela-jela sehingga memberi persepsi seolah-olah sesuatu sumber itu dibazirkan.
IMD: Pertama kali di kedudukan lebih rendah berbanding Thailand, Indonesia
Khairy Jamaluddin berkata, pengumuman mengenai ranking itu merupakan satu berita kurang baik untuk negara dan kerajaan.