awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penguasaan AI, profesionalisme dan kesejahteraan rakyat panduan PDRM depani cabaran 2026 - KPN
Speaker Parlimen Pakistan, Menteri Luar India berjabat tangan di Dhaka
Kepulauan Virgin AS saman Meta, dakwa syarikat untung atas iklan penipuan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes rayuan bukti baharu Najib didengar hari ini

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
15/03/2022
01:45 MYT
Kes rayuan bukti baharu Najib didengar hari ini
Najib dilihat tiba kira-kira jam 9 pagi bersama barisan pembelaan. - Astro AWANI/Shahir Omar
PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hadir di Mahkamah Persekutuan di sini untuk pendengaran permohonan beliau bagi memasukkan bukti baharu dalam rayuannya.
Bukti baharu yang cuba dimasukkan dalam rayuan tersebut membabitkan penglibatan bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz yang dikatakan bersekongkol dengan Jho Low atau Low Taek Jho bagi memudahkan ahli perniagaan dalam buruan itu untuk menyeleweng dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan anak syarikatnya SRC International.
Beliau dilihat tiba kira-kira jam 9 pagi bersama barisan pembelaan.
Pada 8 Disember lalu, Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan salah serta hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta yang dikenakan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ke atas Najib selepas didapati bersalah atas tujuh pertuduhan membabitkan penyelewengan dana SRC International.
Sehari sebelum itu, mahkamah sama menolak permohonan Najib untuk memasukkan bukti dan keterangan baharu dalam rayuan kes penyelewengan dana tersebut atas alasan tiada keadaan istimewa yang membolehkan keterangan baharu itu diterima.
Sementara itu, Mahkamah Persekutuan dijangka mendengar permohonan Najib untuk menerima masuk Queen's Counsel (QC) bagi mewakilinya dalam rayuan akhir kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd pada penghujung Jun.
Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Ashrof Adrin Kamarul sebelum ini berkata permohonan untuk menerima masuk QC itu dijangka akan didengar di antara 20 dan 24 Jun ini.
Queen's Counsel ialah peguam kanan dan berpengalaman dari United Kingdom (UK) yang diberikan tauliah khas oleh Ratu Elizabeth.
Mahkamah Persekutuan juga sebelum ini menolak permohonan Najib untuk menangguhkan prosiding rayuan berkaitan bukti baharu dalam usahanya untuk mengetepikan sabitan kes melibatkan dana SRC International Sdn Bhd, yang dijadualkan pada hari ini (15 Mac) dan 16 Mac ini.
Topic Berkaitan
#Najib Razak
#Zeti Akhtar Aziz
#1MDB
#Jho Low
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan