PUTRAJAYA: Kes rayuan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung tujuh tuduhan pecah amanah, pengubahan wang haram serta menyalahgunakan kedudukan melibatkan wang berjumlah RM42 juta milik SRC Internernational masuk hari ke-14 hari ini di Mahkamah Rayuan dengan hujah balas daripada barisan pembelaan.
Ini merupakan cubaan pertama Najib selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Julai tahun lalu menjatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas bekas perdana menteri itu.
Hujah pembelaaan berhubung pertuduhan pecah amanah itu dibawa peguam Harvinderjit Singh selepas ketua peguam bela Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah membuat hujah balas berhubung pertuduhan pengubahan wang haram serta menyalahgunakan kedudukan semalam.
Hujah balas pembelaan pun sepatutnya selesai hari ini, namun barisan pembelaan memohon sedikit masa lagi.
Sama ada mahkamah membenarkan lanjutan hujah balas atau menetapkan tarikh keputusan akan diketahui hari ini, sebaik sahaja prosiding selesai.
Semalam, Muhammad Shafee memaklumkan Mahkamah Rayuan, hujah pendakwaan bahawa Ahli Parlimen Pekan itu cuba mempengaruhi Kabinet bagi membolehkan SRC International mendapat dana RM4 bilion Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP), adalah sesuatu yang gagal mereka buktikan.
Beliau berkata bukti dan keterangan sebelum ini menunjukkan tiada hubung kait antara dana tersebut dengan kedudukan beliau sebagai perdana menteri sewaktu mempengerusikan dua mesyuarat Kabinet yang berkaitan.
Sebaliknya, beliau berhujah, keputusan Kabinet dalam memberi dua Jaminan Kerajaan (GG) kepada SRC International bukannya keputusan peribadi Najib seorang.
Susulan itu, Muhammad Shafee berhujah, pertuduhan salah guna kuasa di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 adalah salah dan menyalahi undang-undang.
Dalam hujahnya di hadapan tiga panel hakim Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan Datuk Abdul Karim Abdul Jalil, beliau memberitahu Kabinet membuat keputusan secara bersama.
Keputusan itu bukan dibuat oleh Najib sebagai individu, Perdana Menteri, Menteri Kewangan, atau sebagai wakil Menteri Kewangan Diperbadankan, kata Muhammad Shafee lagi.
Umavathi Ramayah
Wed Apr 28 2021

Sama ada mahkamah membenarkan lanjutan hujah balas atau menetapkan tarikh keputusan rayuan Najib Razak akan diketahui hari ini, sebaik sahaja prosiding selesai. - Gambar fail/BERNAMA

COVID-19: Myanmar lanjut sekatan hingga akhir Februari
Pelanjutan itu merangkumi semua sekatan COVID-19 yang tamat tempoh pada 31 Januari.

Polis buka kertas siasatan kenyataan berbaur perkauman
Polis menerima satu laporan berhubung video tular yang dimuat naik oleh pihak terbabit.

Bajet 2023: Kementerian tumpu R&D pasarkan produk ke antarabangsa
Katanya, negara terlalu bergantung kepada import dan pada masa sama perlu memastikan agar penerimaan produk dapat dikekalkan.

Arab Saudi bakal anjur Piala Asia 2027
Meskipun merupakan antara pasukan terbaik di benua ini, negara itu tidak pernah berpeluang menganjurkan kejohanan tersebut.

Satu pertiga kerusi Parlimen buat Sabah, Sarawak masih di peringkat perbincangan - Fadillah
Fadillah berkata penyelesaian perkara itu akan mengambil masa dua hingga tiga tahun kerana ia perlu melalui banyak peringkat.

Pelajar UiTM maut, rakan cedera parah selepas motosikal dilanggar van
Seorang pelajar Universiti Teknolgi MARA (UiTM) maut manakala rakannya cedera parah selepas motosikal yang dinaiki mereka dilanggar sebuah van di Simpang Empat Paya Jemerli, dekat Kulim.

Jawatan FIFA kelebihan untuk bangunkan bola sepak negara, dunia - Hamidin
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin tidak menganggap kejayaannya terpilih sebagai Ahli Majlis FIFA, sebagai pencapaian peribadi.

KKM rangka langkah untuk selesaikan isu-isu berbangkit
Ia melibatkan pelbagai isu seperti kebajikan, kesihatan fizikal dan mental petugas kesihatan, gaji saksama dan jaminan pekerjaan.

Mogok Di UK | Lebih 300 ribu guru tuntut kenaikan gaji
Dianggarkan sehingga setengah juta guru, penjawat awam, pemandu kereta api dan pensyarah universiti di Britainmelancarkan mogok besar-nesaran hari ini. Tuntutannya sama, kenaikan gaji serta mendesak kerajaan menangani inflasi.

Letupan Bom | Polis Pakistan tahan suspek kes letupan masjid Peshawar
Polis Pakistan menahan beberapa suspek dipercayai ada kaitan dengan serangan bom bunuh diri yang mengorbankan lebih 100 orang di sebuah masjid di Peshawar. Siasatan kini sedang dijalankan bagi menyiasat kemungkinan pengebom itu telah mendapat bantuan orang dalam bagi mengelak pemeriksaan keselamatan.

Suasana sayu semasa prosiding 1MDB susulan kematian Gopal Sri Ram
Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib sifatkan mendiang Gopal Sri Ram ibarat bapa.

Perbicaraan 1MDB ditangguhkan susulan kematian Gopal Sri Ram
Ini bagi membolehkan mereka memberi penghormatan terakhir dan menghadiri upacara pengebumian mendiang yang akan berlangsung pada Selasa.

Ya, saya gagal kendali akaun Najib, kata bekas pegawai bank
Joanna Yu Ging Ping mengaku tidak mendapatkan kebenaran bertulis sebelum berurusan dengan Jho Low.

'Benarlah Malaysia negara kleptokrasi, negara pencuri' - Tun Mahathir
Dr Mahathir berkata, Najib mula meyakinkan orang Melayu yang mereka tidak perlu rasa malu kerana 'Boss' mereka mencuri duit.

Peguam Najib nafi permohonan tangguh prosiding taktik lengahkan rayuan kes SRC
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada dakwaan permohonan untuk menangguhkan pendengaran rayuan oleh bekas peguam Najib adalah taktik untuk melengah-lengahkan prosiding kes itu.

'Rayuan kes SRC mungkin dibicara semula di Mahkamah Persekutuan'
Keseluruhan rayuan berhubung kes SRC International Sdn Bhd (SRC) yang dihadapi oleh Datuk Seri Najib Tun Razak berkemungkinan besar akan dibicarakan semula di hadapan Mahkamah Persekutuan.

Kes SRC International: Najib gagal bantah Abu Bakar dengar semakan hukumannya
Datuk Seri Najib Tun Razak gagal untuk membantah komposisi Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Abu Bakar Jais daripada senarai hakim-hakim untuk mendengar permohonan semakan sabitan dan hukuman kes SRC.

Kes SRC: Peguam pertikai senarai hakim yang dengar semakan Najib
Muhammad Shafee membantah komposisi panel hakim yang turut menyenaraikan nama Abu Bakar.

Lima panel hakim mula dengar permohonan semakan Najib
Permohonan semakan itu dibuat mengikut Aturan 137 Kaedah-Kaedah Mahkamah Persekutuan 1995.

Kenderaan bawa Najib tiba di Istana Kehakiman
Kenderaan yang dipercayai membawa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba jam 8.50 pagi di Istana Kehakiman.