Skip to main content

Malaysia

Kes Rocky: Pemilik didakwa lagi, bela anjing tanpa lesen

KLANG - Selepas berdepan pertuduhan menyebabkan kesakitan terhadap anjingnya, Rocky, seorang wanita yang juga pemilik haiwan itu sekali lagi didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Khamis atas satu pertuduhan memelihara haiwan itu tanpa lesen sah._Sinar Harian
Roghini Devi didakwa di Mahkamah Majistret pada Khamis. 
Advertisement

KLANG: Selepas berdepan pertuduhan menyebabkan kesakitan terhadap anjingnya, Rocky, seorang wanita yang juga pemilik haiwan itu sekali lagi didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Khamis atas satu pertuduhan memelihara haiwan itu tanpa lesen sah.

Surirumah, S Roghini Devi, 42, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, A Karthiyayini.

Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa memelihara seekor anjing melebihi umur tiga bulan tanpa lesen sah yang dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Klang di hadapan sebuah rumah di Jalan Sama Gagah, Taman Teluk Gedung Indah, Klang Selatan, di sini pada jam 10.50 malam 29 Julai lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 3 Undang-Undang Kecil Pelesenan Anjing dan Rumah Pembiakan Anjing Mmajlis Perbandaran Klang 2007 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak maksimum satu tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sebelum ini, Roghini didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas satu pertuduhan menarik Rocky sehingga menyebabkan kesakitan terhadap haiwan berkenaan, tiga minggu lalu. - Sinar Harian

[BERITA LANJUT MENYUSUL]

 

Must Watch Video

Advertisement