IPOH: Mahkamah Tinggi di sini hari ini dimaklumkan bahawa analisis yang dijalankan oleh Jabatan Kimia Malaysia ke atas beberapa eksibit dalam kes rogol membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh Paul Yong Choo Kiong tidak menemukan kesan air mani.
Pengarah Bahagian Forensik DNA Jabatan Kimia Nor Aidora Saedon berkata eksibit yang dihantar kepadanya untuk dianalisis termasuk pakaian dari tempat kejadian iaitu baju, seluar, seluar dalam serta keratan tilam.
"Saya telah menjalankan ujian asid fosfatase bagi mengenal pasti kehadiran air mani dan saya juga telah melihat beberapa tompokan yang ditandakan sebelum ia dihantar kepada saya. Keputusan ujian menunjukkan bahawa tiada kesan air mani dijumpai pada pakaian-pakaian tersebut.
"Ujian asid fosfatase adalah ujian yang sahih bagi pengenalpastian ujian air mani maka kenapa ia tiada, tidak dapat saya jawab," katanya ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Azlina Rasdi di hadapan Hakim Datuk Abdul Wahab Mohamed.
Saksi pendakwaan ke-17 itu juga berkata kesan air mani pada mop pula tidak dapat dikesan dengan ujian itu atas beberapa faktor antaranya kerana ketiadaan air mani, telah dibasuh dengan bersih atau ada namun terlalu sedikit dan telah mengalami degradasi akibat suhu melampau (suhu tinggi dan kelembapan tinggi).
Nor Aidora turut memaklumkan pengesanan air mani melalui proses 'polilight' bukan satu analisis pengesahan dan ia hanya dilakukan sebelum analisis asid deoksiribonukleik (DNA) dilakukan oleh Jabatan Kimia Malaysia.
Beliau berkata analisis itu turut tidak mengesan kehadiran DNA pada beberapa helai rambut atas beberapa faktor iaitu ketiadaan akar rambut yang masih mempunyai DNA serta belum mengalami degradasi dan jika ada, DNA itu telah mengalami degradasi akibat suhu tinggi atau kelembapan melampau.
Ketika disoal balas oleh peguam Datuk Rajpal Singh, saksi itu bersetuju bahawa ujian polilight bukan hanya melibatkan kehadiran air mani tetapi juga cecair lain sama ada biologi atau air teh yang boleh menunjukkan hasil warna hampir sama.
Katanya laporan kimia turut mengesan satu profil DNA campuran daripada ekstrak sel bukan sperma terdiri daripada sekurang-kurangnya dua individu pada putik kapas yang mana DNA yang terdapat adalah lemah dan tidak konklusif hingga tiada perbandingan dapat dilakukan dengan spesimen darah yang diterima.
Turut memberi keterangan Juruanalisa Siasatan Audio Video Makmal Forensik Polis Diraja Malaysia Cheras ASP Latifah Abdul Aziz sebelum prosiding ditangguhkan pada 5 petang dan bersambung pagi esok.
Pendakwaan dikendalikan Azlina dengan dibantu oleh Timbalan Pendakwa Raya Liyana Zawani Mohd Radzi dan Mohd Fitri Sadarudin manakala pembelaan diketuai Rajpal.
Mahkamah telah mendengar keterangan 18 saksi sepanjang perbicaraan yang bermula 5 April lepas.
Yong, 51, didakwa atas pertuduhan merogol pembantu rumah warga Indonesia di kediamannya di Meru Desa Park di sini antara 8.15 hingga 9.15 malam pada 7 Julai 2019 mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Kes itu sebelum ini disebut di Mahkamah Sesyen namun pada 15 Dis 2020, Mahkamah Persekutuan membenarkan permohonan pembelaan supaya kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi untuk dibicarakan.
Yong telah didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada 23 Ogos 2019 ketika memegang jawatan EXCO Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baru Perak.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 16 2021
Mahkamah Tinggi dimaklumkan bahawa analisis yang dijalankan oleh Jabatan Kimia ke atas beberapa eksibit dalam kes rogol membabitkan ADUN Tronoh Paul Yong Choo Kiong tidak menemukan kesan air mani. - Gambar fail/BERNAMA
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Kes rogol ADUN Tronoh: Tiada kesan air mani dijumpai - Jabatan Kimia
Mahkamah Tinggi dimaklumkan bahawa analisis yang dijalankan oleh Jabatan Kimia ke atas beberapa eksibit dalam kes rogol membabitkan ADUN Tronoh Paul Yong Choo Kiong tidak menemukan kesan air mani.
Dua saksi kes rogol babitkan ADUN Tronoh akan beri keterangan secara tertutup
Dua saksi termasuk mangsa kes rogol pembantu rumah membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh Paul Yong Choo Kiong, akan memberi keterangan di Mahkamah Tinggi Ipoh secara tertutup.