awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes saman KJ terhadap Jamal Yunos diteruskan

Sinar Harian
Sinar Harian
19/03/2024
04:50 MYT
Kes saman KJ terhadap Jamal Yunos diteruskan
Kes itu diteruskan susulan keputusan mahkamah menolak permohonan Jamal untuk membatalkan saman berkenaan.
KUALA LUMPUR: Kes saman fitnah bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar terhadap Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos, berhubung satu kenyataan media ketika Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022, akan diteruskan di Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa.
Peguam, Shakeel Saifuzzaman mewakili Khairy yang juga bekas Ketua Pemuda UMNO berkata, kes berkenaan akan diteruskan susulan keputusan mahkamah menolak permohonan Jamal untuk membatalkan saman berkenaan kerana terdapat isu yang perlu dibicarakan.
Menurutnya, permohonan Jamal selaku defendan untuk membatalkan writ saman dan pernyataan tuntutan anak guamnya sebagai plaintif, ditolak dengan kos dalam klausa.
“Pesuruhjaya Kehakiman, Suzana Muhamad Said, menetapkan 27 Mei delan untuk sebutan kes seterusnya,” katanya selepas dihubungi media selepas prosiding dijalankan menerusi aplikasi Zoom, pada Selasa.
Perbicaraan dijangka bermula pada 2026.
Pada 24 Mei tahun lalu, Khairy memfailkan saman fitnah di Mahkamah Tinggi di sini terhadap Jamal berhubung sidang media semasa PAU 2022, Januari tahun sama.
Khairy atau lebih dikenali sebagai KJ selaku plaintif, mengemukakan saman itu melalui firma guaman, Tetuan Aizat Izuan Shakeel dengan menamakan Jamal defendan tunggal dan menuntut ganti rugi khas sebanyak RM1 juta daripada Jamal.
Beliau yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan, Menteri Sains dan Teknologi memohon perintah supaya defendan menerbitkan permohonan maaf di akaun media sosial Facebook ‘DS Jamal Yunos Official’, akaun TikTok ‘jamal_yunos’ dan akhbar utama bahasa Melayu, Inggeris dan Cina.
Khairy juga meminta defendan memadamkan kenyataan tersebut di akaun media sosialnya serta-merta dari tarikh penghakiman.
Dalam pernyataan tuntutannya, Khairy berkata, semasa PAU 2022 pada 14 Januari lalu, Jamal mengadakan sidang media di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur dengan dihadiri pengamal media, perwakilan UMNO, ahli dan pemimpin parti itu.
Plaintif mendakwa Jamal memuat naik rakaman sidang video itu bertajuk ‘Saya harap Khairy Jamaluddin dikenakan tindakan oleh Lembaga Disiplin UMNO selepas mengeluarkan kenyataan yang semberono dan memalukan UMNO #UmnoDuluKiniDanSelamanya’ di akaun media sosialnya pada 14 dan 15 Januari. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Khairy Jamaluddin
#Jamal Yunos
#saman fitnah
#KJ
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan