awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tahun Baharu Cina: Lapangan terbang serantau perkukuh pemantauan virus Nipah
PM umum pengecualian cukai 10 tahun bagi yayasan pendidikan
Penyokong Selangor FC disyaki terlibat insiden bakar suar disambung reman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes seludup RON95 meningkat, penyeludup mula ubah strategi - Armizan

Bernama
Bernama
06/06/2024
11:30 MYT
Kes seludup RON95 meningkat, penyeludup mula ubah strategi - Armizan
Armizan bercakap pada sidang media selepas meninjau sempadan Malaysia-Thailand hari ini. - Foto Bernama
TUMPAT: Kes penyeludupan bahan api RON95 dilaporkan meningkat selepas kerajaan mengumumkan penyasaran subsidi diesel, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali.

Ringkasan AI
  • Kes penyeludupan bahan api RON95 dilapor meningkat selepas pengumuman penyasaran subsidi diesel dengan penyeludup mula mengubah strategi, termasuk membeli petrol berulang di stesen minyak dan ubah suai tangki kereta sedan untuk mengisi petrol.
  • Kementerian mengeluarkan Arahan Pengawal Bekalan kepada pemilik stesen minyak untuk memantau dan melaporkan kenderaan yang dikesan melakukan pembelian berulang.
  • Ops Tiris 3.0, yang melibatkan pemeriksaan di stesen minyak, pemborong, pengilang, kuari, pos kawalan dan lain-lain premis, diteruskan sehingga hujung tahun ini.

Beliau berkata hasil pemantauan dilakukan pegawai penguat kuasa yang ditempatkan di lapan pintu masuk utama di Kelantan, Perak, Kedah dan Perlis mendapati penyeludup mula mengubah strategi mereka.
"Kementerian mendapati modus operandi penyeludupan yang digunakan melibatkan taktik pembelian petrol berulang di stesen minyak sekitar negeri bersempadan.
"Sebelum ini, mereka menggunakan kereta pacuan empat roda bagi menyeludup petrol kini mereka mengubah suai tangki kereta sedan untuk mengisi petrol," katanya pada sidang media khas selepas mengadakan rondaan di sempadan Malaysia-Thailand di Sungai Golok, Pengkalan Kubor, di sini hari ini.
Sehubungan itu, Armizan berkata kementerian mengeluarkan Arahan Pengawal Bekalan kepada pemilik stesen minyak untuk memantau dan melaporkan kenderaan yang dikesan melakukan pembelian berulang serta arahan itu berkuat kuasa esok sebaik sesi libat urus pemilik stesen minyak di seluruh Kelantan diadakan.
"Selain itu, kementerian saya juga akan memperkukuh kerjasama dengan Jabatan Pengangkutan Jalan dalam melaksanakan pemantauan dan pemeriksaan bagi mengesan kenderaan yang telah diubah suai," katanya.
Armizan berkata ini meliputi pengubahsuaian kenderaan bagi tujuan penyeludupan merentasi sempadan dan penyelewengan melibatkan penjualan diesel bersubsidi kepada industri penguatkuasaan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Mengulas mengenai Ops Tiris 3.0, beliau berkata ops ini diteruskan sehingga hujung tahun ini.
"Ops Tiris 3.0 diteruskan sehingga hujung tahun ini, sama ada akan diteruskan pada tahun depan (2025) perkara itu akan dibincangkan dan kita akan melihat pelaporan penuh ops berkenaan sebelum memuktamadkan sebarang keputusan," katanya.
Statistik penguatkuasaan ops berkenaan yang bermula 1 Jan hingga 31 Mei menyaksikan sebanyak 19,337 pemeriksaan dijalankan di seluruh negara.
Armizan berkata ini merangkumi stesen minyak, pemborong, pengilang, kuari, pos kawalan dan lain-lain premis dan sebanyak 986 kes direkodkan dengan nilai rampasan keseluruhan RM12.46 juta dalam tempoh yang sama.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes seludup RON95 meningkat
#Penyasaran subsidi diesel
#Armizan Mohd Ali
#penyeludup ubah strategi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan