awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KDN cekup hampir 55,000 warga asing salah guna pas sosial - Fahmi
Anwar arah pemantauan lebih ketat terhadap pegawai tertinggi kerajaan
Dakwaan serah tanah kepada Indonesia, tiada keperluan perjelas di Parlimen - Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes senjata api: Hukuman mati kelindan lori kekal, seorang lagi terlepas tali gantung

Bernama
Bernama
16/11/2021
14:29 MYT
Kes senjata api: Hukuman mati kelindan lori kekal, seorang lagi terlepas tali gantung
Mahkamah Rayuan di sini hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman mati ke atas seorang kelindan lori kerana melepaskan tembakan semasa rompakan di sebuah lebuh raya. - Gambar hiasan
PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman mati ke atas seorang kelindan lori kerana melepaskan tembakan semasa rompakan di sebuah lebuh raya.
Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Nor Bee Ariffin, Datuk K. Gunalan dan Datuk Hashim Hamzah membuat keputusan itu selepas menolak rayuan Ahmad Farid Mohamad Nasir berhubung sabitan dan hukuman terhadapnya.
Nor Bee berkata mahkamah berpuas hati bahawa tidak berlaku kekhilafan dari segi undang-undang dan fakta dalam keputusan hakim Mahkamah Tinggi ketika mensabitkan Ahmad Farid dengan kesalahan itu.
"Mengenai fakta dan bukti secara keseluruhan, kami mendapati sabitan perayu adalah selamat," katanya.
Sementara itu, seorang pekerja rencam Khairul Ikhwan Mohammad Kassim yang didakwa bersama-sama Ahmad Farid, terlepas tali gantung apabila mahkamah sama membebas dan melepaskan dia daripada pertuduhan susulan keputusan pendakwaan untuk tidak mencabar rayuannya.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Ku Hayati Ku Haron memaklumkan mahkamah bahawa beliau tidak akan mencabar rayuan Khairul Ikhwan.
Dalam penghakimannya, Nor Bee berkata keputusan Mahkamah Tinggi yang mensabitkan Khairul Ikhwan dan menjatuhkan hukuman mati diketepikan kerana mahkamah mendapati sabitannya adalah tidak selamat.
Ahmad Farid dan Khairul Ikhwan, kedua-duanya berusia 30 tahun, mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 31 Mei 2019 yang mendapati mereka bersalah atas pertuduhan melepaskan tembakan dengan niat menyebabkan kematian kepada penjawat awam kanan Nazaruddin Harun semasa melakukan rompakan.
Nazaruddin telah ditembak di bahagian pinggul ketika insiden rompakan itu.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Kilometer 7.5, Lebuhraya Baharu Lembah Klang di daerah Sepang, Selangor pada 11.45 malam 5 Jan 2014 mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.
Ahmad Farid mempunyai satu lagi peluang untuk merayu iaitu kepada Mahkamah Persekutuan.
Kedua-dua lelaki diwakili peguam Datuk N. Sivananthan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes senjata api
#hukuman mati
#kelendan lori
#tembakan
#rompakan
#Ahmad Farid Mohamad Nasir
#Mahkamah Rayuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan