awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA

Kes serangan asid terhadap Faisal Halim diklasifikasikan tiada tindakan lanjut - Peguam

Yasmin Natasha
Yasmin Natasha
08/05/2025
03:50 MYT
Kes serangan asid terhadap Faisal Halim diklasifikasikan tiada tindakan lanjut - Peguam
Jurucakap firma guaman itu diwakili peguam Nik Zarith Nik Moustpha (kanan) dan Mohd Haijan Omar. Gambar kecil: Faisal. - Foto Sinar Harian
KAJANG: Siasatan terhadap insiden serangan asid terhadap pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim pada Mei tahun lalu telah diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).

Ringkasan AI
  • Jabatan Peguam Negara (AGC) mengesahkan bahawa siasatan terhadap serangan asid terhadap Faisal Halim telah diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA) kerana tiada petunjuk baharu yang mengaitkan mana-mana individu sebagai suspek.
  • Peguam Faisal, Nik Zarith Nik Moustpha, menyatakan bahawa pihaknya telah mengambil langkah proaktif termasuk menghantar surat kepada Speaker Dewan Rakyat dan Kementerian Dalam Negeri untuk mengutamakan kes ini.
  • Polis telah merekodkan kenyataan daripada 23 individu dan menahan tiga suspek, namun tiada bukti kukuh yang mengaitkan mereka dengan serangan tersebut.

Menurut peguamnya, Nik Zarith Nik Moustpha, Jabatan Peguam Negara (AGC) memaklumkan keputusan ini melalui surat bertarikh 18 Februari lalu.
"Surat itu menyatakan bahawa polis tidak menemui sebarang petunjuk atau petunjuk yang boleh mengaitkan mana-mana individu sebagai suspek kepada kes ini. Segala usaha yang dilakukan dalam hal ini tidak berjaya," katanya pada sidang media hari ini.
Nik Zarith berkata, sepanjang siasatan, pihaknya telah mengambil langkah proaktif bagi memastikan kes itu mendapat perhatian sewajarnya termasuk memberi kerjasama sepenuhnya kepada polis.
Menurut beliau, pihaknya juga menghantar surat kepada Speaker Dewan Rakyat dan Dewan Negara pada 18 April lalu, serta Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk mengutamakan kes itu.
“Anak guam kami (Faisal) berasa kecewa dengan hasil siasatan.
"Kami akan meneruskan perbincangan dengan anak guam kami untuk menentukan langkah seterusnya," ujatnya.
Pada 5 Mei 2024, Faisal, pemain sayap Selangor FC, melecur tahap empat akibat serangan asid dan terpaksa menjalani empat pembedahan untuk merawat luka melecurnya.
Polis sebelum ini berkata mereka telah merekodkan kenyataan daripada 23 orang dan tiga suspek telah ditahan. Bagaimanapun, mereka berkata tiada bukti yang mengaitkan mereka dengan serangan itu.
Topic Berkaitan
#Faisal Halim
#Tiada Tindakan Lanjut
#peguam
#Jabatan Peguam Negara
#simbah asid
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.