Perbicaraan kes bunuh Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain di Mahkamah Tinggi di sini dikejutkan dengan tindakan peguam Ravi Nekoo menarik diri daripada mewakili tertuduh keempat, R.Kathavarayan.
Ravi memaklumkan kepada mahkamah beliau mengambil keputusan menarik diri atas alasan keterangan Kathavarayan di mahkamah berbeza daripada arahan yang diberikan tertuduh keempat itu kepada beliau sebelum ini.
Kathavarayan diperintah membela diri bersama N.Pathmanabhan, 43, T.Thilaiyalagan, 21, dan R.Matan, 22, atas pertuduhan membunuh Sosilawati, 47, pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44.
Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di Ladang Gadong di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat, Banting antara 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos 2010 mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, dalam pemeriksaan utama oleh Ravi, Kathavarayan berkata Pathmanabhan datang ke Ladang Gadong bersama rakannya kira-kira pukul 7 petang pada 30 Ogos 2010.
Ini bercanggah dengan keterangan Thilaiyalagan dan Matan bahawa Pathmanabhan tidak datang ke ladang pada tarikh itu.
Pathmanabhan juga dalam keterangannya sebelum ini memberitahu mahkamah dia tidak berada di ladang antara 8.30 malam hingga 9.45 malam pada 30 Ogos 2010, iaitu tarikh dan masa kejadian bunuh itu didakwa berlaku.
Dalam keterangannya, Kathavarayan berkata Pathmanabhan dan rakannya dilihat meninggalkan kawasan ladang kira-kira pukul 8 malam hari yang sama, iaitu pada 30 Ogos 2010.
Ketika disoal Ravi sama ada Kathavarayan mengenali rakan Pathmanabhan, tertuduh keempat berkata dia mengenali dua atau tiga daripada mereka kerana pernah berjumpa sebelum ini.
Kathavarayan juga berkata dia tidak mengetahui nama rakan bekas peguam itu tetapi mengetahui mereka berbangsa Melayu, India dan Cina.
"Berapa orang Melayu, Cina dan India?," soal Ravi.
"Melayu kira-kira lima orang, Cina dan India seorang," jawab tertuduh keempat.
"Bagaimana mereka datang ke ladang?," soal Ravi.
"Dengan menaiki tiga buah kereta tetapi saya tidak ingat warna dan jenama kereta," jawab Kathavarayan.
"Ke kawasan mana mereka pergi ketika berada di ladang?," soal Ravi.
"Bila sampai mereka telah memarkir kereta berhampiran pondok di depan rumah saya, kemudian, mereka telah bersembang di bilik rehat," jawab tertuduh keempat.
Ravi kemudian memohon kes ditangguhkan sebentar sebelum pihak pendakwaan dan pembelaan dilihat memasuki kamar hakim.
Sejurus mahkamah kembali bersidang, peguam itu memaklumkan Hakim Datuk Akhtar Tahir bahawa beliau tiada pilihan selain menarik diri daripada mewakili Kathavarayan berdasarkan keterangan tertuduh keempat.
Akhtar kemudian membenarkan permohonan Ravi dan menasihatkan tertuduh keempat melantik peguam, kecuali jika dia tidak mahu diwakili.
"Pohon kes ditangguh sampai petang untuk saya buat keputusan. Saya ingin beri keterangan tanpa peguam saya," kata Kathavarayan.
"Baiklah, saya beri masa sehingga esok untuk kamu fikirkan sama ada kamu ingin melantik peguam, dan siapa peguam itu, serta sama ada kamu ingin mahkamah melantik peguam untuk mewakili kamu," kata Akhtar.
Beliau turut memerintahkan Kathavarayan diasingkan daripada tertuduh lain sehingga tertuduh keempat selesai memberi keterangan.
Bernama
Tue Dec 04 2012
WEF: Anwar jumpa 50 pemimpin industri & perniagaan, yakin pelabur bernilai tinggi pilih Malaysia
Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan keyakinan lebih banyak pelabur bernilai tinggi akan memilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan mengikut jejak langkah syarikat-syarikat gergasi seperti Tesla, AWS, Infineon dan Nvidia.
AWANI Ringkas: Ikut jejak syarikat gergasi lain
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bursa Malaysia dibuka tinggi seiring prestasi Wall Street
Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin, mengambil petunjuk pasaran serantau dan kenaikan di Wall Street pada hari Jumaat.
Kementerian Perpaduan kaji keperluan pelan tindakan pendidikan & penghargaan Rukun Negara
Kementerian Perpaduan Negara melalui Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional akan mengkaji keperluan untuk melancarkan Pelan Tindakan Pendidikan & Penghargaan Rukun Negara sejajar dengan Dasar Perpaduan Negara 2021-2030.
Akta pekerjaan bagi lindungi pekerja OKU/Autistik diperlukan
Beatrice yang juga merupakan individu autistik berkata, bagi mengadakan akta atau menggubal dasar berkaitan, kerajaan perlu libatkan lebih banyak golongan autistik sebagai pemegang taruh utama.
Mesyuarat FOMC: The Fed dijangka kekalkan kadar faedah Mei 2024
Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, ia selepas unjuran awal beberapa pakar ekonomi melihat The Fed masih belum cukup yakin dengan usaha menurunkan kadar inflasi di negara itu.
Apple perkenal HomePod, HomePod Mini di Malaysia, harga bermula RM529
Kedua-duanya akan mula dijual 10 Mei 2024 untuk pasaran tempatan.
[TERKINI] Chegu Bard didakwa keluar kenyataan fitnah, menghasut
Ahli Jawatankuasa Penerangan Bersatu Badrul Hisham Shaharin atau dikenali ramai dengan nama panggilan Chegu Bard didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan menghasut dan mengeluarkan kenyataan fitnah yang akan merosakkan nama baik Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
WEF: TotalEnergies setuju tingkat pelaburan di Malaysia - PM
TotalEnergies menyatakan komitmen dan bersetuju untuk mempertingkatkan pelaburan dalam sektor huluan minyak dan gas serta terus meneroka peluang dalam bidang penyimpanan karbon di Malaysia.
Kanak-kanak Malaysia tidak cukup belajar di sekolah - Laporan Bank Dunia
Laporan baharu Bank Dunia bertajuk “Bending Bamboo Shoots: Strengthening Foundation Skills" memberi gambaran membimbangkan tentang sistem pendidikan Malaysia.
Keterangan empat tertuduh kes bunuh Sosilawati perlu ditolak
Keterangan empat tertuduh dalam kes bunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain adalah tidak selamat dan tidak boleh dipercayai, Mahkamah Tinggi diberitahu hari ini.
Kes Sosilawati: Peguam tertuduh keempat tarik diri
Peguam Ravi Nekoo menarik diri atas alasan keterangan anak guamnya berbeza daripada arahan yang diberikan kepadanya sebelum ini.