NATIONAL
Kes SRC: AGC mohon lanjutan sebulan untuk putuskan representasi Najib

Mahkamah menetapkan 11 Jun sebagai tarikh untuk pihak pendakwaan mengemukakan perkembangan terkini berkaitan kes ini . - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa Jabatan Peguam Negara (AGC) masih belum membuat keputusan berhubung representasi Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menggugurkan tiga pertuduhan tambahan pengubahan wang haram yang melibatkan dana RM27 juta daripada SRC International Sdn Bhd.
Ringkasan AI
- Jabatan Peguam Negara (AGC) masih belum menentukan sama ada untuk menggugurkan tiga pertuduhan tambahan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung pengubahan wang haram melibatkan RM27 juta daripada SRC International.
- Pendakwa raya memohon lanjutan masa sebulan untuk membuat keputusan, manakala peguam utama Najib meminta mahkamah memberikan status dilepas tanpa dibebaskan (DNAA), memandangkan permohonan itu telah tertangguh selama hampir dua tahun.
- Mahkamah menetapkan 11 Jun sebagai tarikh untuk pihak pendakwaan mengemukakan perkembangan terkini berkaitan kes ini.
"Representasi itu telah difailkan pada Julai 2023, namun kami masih belum menerima sebarang maklum balas daripada AGC. Kami memohon mahkamah untuk membuat keputusan kerana perkara ini telah tertangguh selama dua tahun.
"Kami memohon agar kes ini digugurkan. Jika pihak pendakwaan ingin mendakwanya semula pada masa akan datang, itu adalah hak mereka," katanya.
Mahkamah kemudian menetapkan 11 Jun untuk pihak pendakwaan mengemukakan perkembangan terkini berhubung perkara tersebut.
Pada 3 Feb 2019, Najib, 71, mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan menerima wang berjumlah RM27 juta hasil kegiatan haram menerusi tiga akaun bank AmPrivate Banking miliknya, di AmIslamic Bank Berhad, Bangunan Ambank Group, Jalan Raja Chulan pada 8 Julai 2014.
Pertuduhan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM5 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami