awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes SRC International: Najib gagal bantah Abu Bakar dengar semakan hukumannya

Sinar Harian
Sinar Harian
19/01/2023
07:51 MYT
Kes SRC International: Najib gagal bantah Abu Bakar dengar semakan hukumannya
Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Abdul Rahman Sebli memutuskan demikian selepas menolak bantahan yang dikemukakan oleh peguamnya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili bekas Perdana Menteri itu. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak gagal untuk membantah komposisi Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Abu Bakar Jais daripada senarai hakim-hakim untuk mendengar permohonan semakan sabitan dan hukuman kes SRC International Sdn Bhd yang dihadapinya.
Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Abdul Rahman Sebli memutuskan demikian selepas menolak bantahan yang dikemukakan oleh peguamnya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili bekas Perdana Menteri itu.
Abdul Rahman berkata, mahkamah tidak yakin dengan hujahan itu kerana dinamakan secara sah oleh Ketua Hakim Negara dalam komposisi panel Hakim Mahkamah Persekutuan yang mendengar permohonan semakan bekas Ahli Parlimen Pekan ini.
“Pada pandangan kami, undang-undang adalah jelas bahawa Ketua Hakim Negara diberi kuasa budi bicara untuk menamakan hakim Mahkamah Rayuan untuk bersidang sebagai hakim Mahkamah Persekutuan.
“Ia adalah berdasarkan kepentingan keadilan mengikut Peruntukan 122 (2) Perlembagaaan Persekutuan,” katanya.
Selain Abdul Rahman dan Abu Bakar, prosiding itu turut didengar oleh tiga Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Vernon Ong Lam Kiat, Datuk Rhodzariah Bujang dan Datuk Nordin Hassan.
Abdul Rahman berkata, mahkamah juga menolak hujahan bahawa Abu Bakar tidak sepatutnya terbabit dalam pendengaran permohonan tersebut.
Prosiding kemudiannya bersambung dengan Muhammad Shafee memulakan hujahan permohonan semakan hukuman terhadap anak guamnya.
Artikel asal ini diterbitkan di portal Sinar Harian
Ikuti laporan terkini berkaitan Datuk Seri Najib Tun Razak di sini
Topic Berkaitan
#SRC International Sdn Bhd
#Najib Razak
#Hakim Mahkamah Rayuan
#Muhammad Shafee Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan