KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memaklumkan beliau bersedia menerima apa sahaja keputusan mahkamah berhubung rayuan sabitan bersalah dan hukuman atas tujuh kesalahan penyelewengan dana sebanyak RM42 juta yang dijadualkan esok.
Dalam kemas kini di laman sosialnya malam ini, Najib turut memohon maaf kerana tidak dapat bersama penyokongnya mengadakan solat jemaah kerana beliau menjadi kontak kasual kepada pesakit COVID-19.
"Maaf tidak dapat solat berjemaah bersama malam ini. Bacaan Yasin dan doa kita buat secara maya sahaja malam ini, atas sebab status kontak dengan pesakit positif COVID-19.
"Saya menerima banyak mesej, dapat panggilan, dan ada baca banyak posting dan komen-komen di Facebook yang memberikan kata-kata sokongan dan doa juga. (Saya) amat menghargai setiap satunya.
"Saya sedia menghadapi aturan dan ujian Allah SWT dengan tenang dan redha. Semoga Allah SWT berikan kekuatan kepada hambaNya dan permudahkan segalanya," tulisnya.
BACA: Sabitan hukuman seleweng dana SRC, nasib Najib diketahui esok
Media melaporkan peguam bela utama Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memaklumkan anaknya Muhammad Farhan, yang juga seorang peguam dalam pasukan Najib, telah diuji positif COVID-19.
Hari ini, Mahkamah Rayuan menolak permohonan Najib untuk memasukkan bukti dan keterangan baharu untuk dipertimbang dalam rayuan kes beliau membabitkan penyelewengan dana SRC International Sdn. Bhd.
BACA: Kes SRC International: Mahkamah Rayuan tolak permohonan masukkan bukti baharu
BACA: Kes SRC international: Pendakwa Raya sifatkan tambah bukti baharu "berniat jahat"
Dengan itu, keputusan rayuan Najib berhubung sabitan salah dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta atas tujuh kesalahan penyelewengan dana sebanyak RM42 juta yang dijadualkan esok akan diteruskan seperti biasa.
Madiha Abdullah
Tue Dec 07 2021

Najib turut memohon maaf kerana tidak dapat bersama penyokongnya mengadakan solat jemaah kerana beliau menjadi kontak kasual kepada pesakit COVID-19. - Gambar/ Facebook Najib Razak

Agenda AWANI: Jenayah Perang rejim Zionis ke atas kewartawanan
Pembunuhan wartawan Palestin warga Amerika, Shireen Abu Akleh di Jenin, serta serangan ke atas penduduk Palestin ketika kerandanya sedang dibawa ke tanah perkuburan sekali lagi membuktikan kebiadaban rejim Zionis yang tidak masuk akal. #AgendaAWANI jam 830 mlm ini di saluran 501 dan astroawani.com.

Pakistan tingkatkan kawalan keselamatan Imran Khan
Kerajaan Pakistan mengeluarkan arahan supaya mempertingkatkan kawalan keselamatan bekas perdana menteri Imran Khan selepas beliau secara terbuka mendedahkan terdapat rancangan untuk membunuhnya.

Sukan SEA Hanoi | Peluang skuad memanah compound negara
Khamis nanti bakal menjadi penentu kepada pungutan pingat bagi skuad memanah compaund negara yang layak ke tiga acara utama. Apa peluang untuk negara dalam acara berkenaan..? Bersama wartawan Astro ARENA, Karl Nunis yang berada di Hanoi.

COVID-19 | Korea Selatan tawar sokongan penuh buat Pyongyang
Presiden baharu Korea Selatan, Yoon Suk Yeol akan memberi sokongan penuh kepada Korea Utara dalam menangani COVID-19, sekiranya Pyongyang memberi respons terhadap tawaran itu. Jelasnya, pintu untuk bantuan kemanusiaan sentiasa terbuka, tidak kira kepentingan politik atau ketenteraan.

COVID-19 | 8 kematian, 392,920 kes baharu di Korea Utara
Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un mengkritik pihak berkuasa atas kelewatan mengagihkan ubat-ubatan, ketika rakyat negara itu dilanda gelombang pertama COVID-19. Pada Isnin, lapan lagi kematian direkodkan, dan 392 ribu dipercayai dijangkiti COVID-19 selepas melaporkan gejala demam.

30 tahun beroperasi, McDonald's tutup operasi di Rusia
Mac lalu, McDonald's mengumumkan penutupan sementara 850 restorannya di negara itu, termasuk di lokasi ikonik, Dataran Pushkin.

Air Pasang | Sebahagian besar pekan Kuala Kedah terjejas
Fenomena air pasang besar luar jangka yang melanda seluruh pekan Kuala Kedah mencetuskan suasana panik penduduk sekitar. Kejadian yang berlaku selama hampir dua jam sejak 12 tengahari tadi, menyebabkan air sedalam 0.5 meter memenuhi jalan raya dan memasuki premis.

Hari Guru | Tanggal 16 Mei cukup bermakna buat pendidik
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan guru umpama pelita yang menerangi kehidupan sepanjang hayat, onak dan ranjau tetap ditempuhi dengan tenang.

Hari Guru | Bekas guru besar tokoh Guru Kebangsaan 2022
Bekas guru dari Perlis dinobatkan sebagai Tokoh Guru 2022 sempena sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan ke-51.

Penduduk runsing, penat hadapi masalah tiada air, tekanan air rendah
Kadangkala tiada masalah air tapi tekanan air pula terlalu rendah dan sejak dua tahun lepas, itulah yang terpaksa mereka hadapi saban tahun.

Debat Perdana: Najib, Anwar bentang fakta zaman siapa lebih hebat urus kewangan negara
Najib pernah menjadi Menteri Kewangan antara 2008 hingga 2013, manakala Anwar pula antara 1991 hingga 1998.

Debat Perdana: Najib mahu 'besarkan kek ekonomi', Anwar jawab 'jangan makan kek seorang'
Najib mendakwa, PH hanya mengecilkan 'kek ekonomi' dengan mengambil langkah menjual aset kerajaan sewaktu 22 bulan memerintah

Debat Perdana: 'Banyak mana projek mega pun, integriti perlu ada' - Anwar
Anwar berkata, penyelewengan daripada projek berskala besar boleh timbul sekiranya tidak dibahaskan secar telus dan terbuka di Parlimen.

Debat Perdana: Malaysia perlu syarikat seperti Hyundai, LG dan Samsung - Najib
Ahli Parlimen Pekan itu berkata, Kerajaan BN zaman beliau mengambil pendekatan wujudkan projek mega, bagi menghasilkan peluang pekerjaan.

Debat Perdana: Misi hala tuju negara perlu dimula dengan kembalikan keyakinan rakyat - Anwar
Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, rakyat dilihat sudah mual dengan percaturan politik serta rencana pemunggahan kekayaan oleh elitis politik.

1MDB: Pendakwaan pertikai soalan tidak relevan oleh pihak pembelaan Najib
Pihak pendakwaan dalam perbicaraan 1MDB Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mempersoalkan pasukan pembelaannya dalam mengemukakan soalan yang tidak relevan kepada Tan Sri Esmee Ismail.

Keputusan permohonan Najib gantung prosiding kes saman SRC pada 22 Feb
Saman itu berhubung dakwaan melakukan pecah amanah jenayah dan melanggar kewajipan statutori berhubung pinjaman RM4 bilion KWAP.

PRN Johor: Muhyiddin senaraikan penggunaan dana SRC RM42 juta, ingatkan Najib terma 'national embarassment'
Muhyiddin berkata, Najib sering menuduh dirinya sebagai pengkhianat, tetapi beliau tidak pernah dituduh, atau didapati bersalah oleh mana-mana mahkamah.

PRN Johor: Rekod PN mana yang dibanggakan itu, soal Najib kepada Azmin
Dalam perkongsian terbaharu di Facebooknya, Pengerusi Lembaga Penasihat BN itu berkata, data sedia ada tidak pernah menipu.

'Internet tak lupa' - Najib dakwa Muhyiddin cuba manipulasi fakta PRN Sabah
Najib dakwa, Muhyiddin tidak cakap benar tentang soal pencalonan Ketua Menteri selepas gabungan mereka bersama-sama memenangi PRN Sabah.