NATIONAL

Kes SRC: KWAP tiada pilihan selain luluskan permohonan pinjaman SRC - Saksi

Isabelle Leong 07/05/2019 | 08:33 MYT
Amirul (gambar) bersetuju dengan Harvinderjit bahawa apa dikatakannya berhubung kelulusan pinjaman itu adalah pendapat peribadinya, bukan mewakili panel pelaburan. - Gambar fail
Saksi ke-29, Amirul Imran Ahmat memberitahu Mahkamah Tinggi pada Selasa bahawa panel pelaburan Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) akan menolak permohonan pinjaman sebanyak RM3.95 bilion kepada SRC International Sdn Bhd, jika mempunyai pilihan.
Namun, peguam pembelaan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, Harvinderjit Singh berkata, Amirul bukan sebahagian daripada panel pelaburan dan oleh itu, beliau tidak boleh bercakap bagi pihak panel tersebut.
Amirul yang merupakan bekas Penolong Naib Presiden di Jabatan Pendapatan Tetap KWAP, kemudiannya bersetuju dengan Harvinderjit dan menjelaskan bahawa ia merupakan pendapat peribadinya dan beliau tidak bercakap bagi pihak panel pelaburan.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
BACA: Kes SRC: Peguam Najib, saksi bertikam lidah di mahkamah
BACA: Pinjaman RM4 bilion kepada SRC paling besar pernah diluluskan - Saksi
BACA: Surat SRC International mohon pinjaman RM3.95b hanya dua muka surat - Saksi
Harvinderjit: Anda tahu bahawa panel pelaburan tidak meluluskan permohonan pinjaman tersebut dengan serta-merta?
Amirul: Mereka akan menolak jika mereka mempunyai pilihan. Ia ditunda, bukannya ditolak.
Harvinderjit: Anda bukan sebahagian daripada panel pelaburan. Anda tidak boleh bercakap bagi pihak panel tersebut.
Amirul: Ya.
Harvinderjit: Apa yang anda katakan tadi bahawa pihak pelaburan akan menolak permohonan pinjaman adalah pendapat peribadi anda sendiri.
Amirul: Ya.
#Amirul Imran Ahmat #Harvinderjit Singh #Kumpulan Wang Persaraan #KWAP #Mahkamah Tinggi #Najib Tun Razak #panel pelaburan #saksi #SRC International