Kes SRC: Peguam Najib, saksi bertikam lidah di mahkamah

Isabelle Leong
Mei 7, 2019 08:49 MYT
Peguam pembelaan, Harvinderjit (kiri) mengasak saksi ke-29, Amirul (kanan) berkenaan dokumen yang diberikan kepada panel pelaburan Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) untuk mendapatkan kelulusan berhubung pinjaman RM1 bilion kepada SRC International.
Peguam pembelaan kepada bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, iaitu Harvinderjit Singh mengasak saksi ke-29, Amirul Imran Ahmat berkenaan dokumen yang diberikan kepada panel pelaburan Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) untuk mendapatkan kelulusan berhubung pinjaman RM1 bilion kepada SRC International Sdn Bhd.
Apabila memberi keterangan, Amirul yang merupakan bekas Penolong Naib Presiden di Jabatan Pendapatan Tetap KWAP, berkata beliau diarahkan oleh pengarah jabatan tersebut untuk menyediakan dokumen tersebut.
Namun, Harvinderjit berulang kali memberi tekanan bahawa 'recommendation' (cadangan) untuk memberikan pinjaman sebanyak RM1 bilion kepada SRC International merupakan cadangan saksi.
Amirul menafikan dakwaan tersebut dan berkata dokumen yang disediakan untuk panel pelaburan KWAP adalah sekadar untuk 'deliberation and consideration' (perbincangan dan pertimbangan).
Harvinderjit sekali lagi menekan Amirul.
Perbuatan peguam tersebut mengakibatkan saksi kurang selesa lalu satu pertelingkahan kecil berlaku antara mereka.

6. A small argument between Harvinderjit and Amirul occurred following the defence counsel's question - asking if the proposal to approve RM1b loan to SRC was Amirul's recommendation.#NajibSRCTrial@501Awani

— Isabelle Leong (@IsabelleAWANI) May 7, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

7. Harvinderjit repeatedly says it was the witness' recommendation in which Amirul denies because the paper was only prepped for "deliberation and consideration" of KWAP's Investment panel. "You asked me a question, let me answer. Do you want a yes or no answer or what?"- Amirul

— Isabelle Leong (@IsabelleAWANI) May 7, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Anda bertanyakan soalan kepada saya, bagi saya ruang untuk menjawab.
“Adakah anda mahu jawapan ‘ya’ atau ‘tidak’ atau apa?” tegas Amirul kepada Harvinderjit apabila peguam tersebut mencelah semasa beliau sedang menjawab soalan.
Amirul terus menafikan dakwaan Harvinderjit dan memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa jika dokumen tersebut merupakan satu cadangan, ia akan mengandungi kata-kata bagi tujuan berkenaan.
#Amirul Imran Ahmat #Harvinderjit Singh #Jabatan Pendapatan Tetap #Kumpulan Wang Persaraan #KWAP #Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur #Najib Razak #perbicaraan #SRC International