awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sarawak tubuh jawatankuasa tangani isu banjir
Laluan mudah Aaron-Wooi Yik ke pusingan kedua Terbuka India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes SRC: Permohonan semakan, pengurusan kes Najib 21 Okt ini

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
28/09/2022
08:01 MYT
Kes SRC: Permohonan semakan, pengurusan kes Najib  21 Okt ini
Najib, 69, kini menjalani hukuman di Penjara Kajang. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Permohonan semakan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membatalkan sabitan dan hukuman terhadapnya kerana menyeleweng RM42 juta dana milik SRC International Sdn Bhd (SRC), ditetapkan untuk pengurusan kes di hadapan Mahkamah Persekutuan pada 21 Oktober ini.
Peguam bekas Perdana Menteri itu Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memaklumkan perkara itu semasa pengurusan kes SRC kedua, berhubung tiga pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan RM27 juta dana SRC dihadapi Najib, di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan hari ini.
Pada awalnya, Hakim Mohamed Zaini bertanya kepada Muhammad Shafee sama ada beliau akan mengendalikan permohonan semakan Najib memandangkan firma guaman Tetuan Shafee Co sebelum ini diberhentikan daripada mewakili Najib dalam rayuan terakhirnya berhubung kes RM42 juta dana SRC.
“Ya, saya. Saya kembali semula selepas beberapa kesulitan, tetapi saya datang kembali,” katanya.
Hakim Mohamed Zaini kemudiaannya membalas: “Tidak sepatutnya anda pergi”, yang mengundang tawa di bilik mahkamah.
Pada 26 Julai lepas, Najib memberhentikan dengan serta-merta Tetuan Shafee Co daripada mewakili beliau dalam rayuan terakhirnya terhadap sabitan dan hukuman bagi kes penyelewengan RM42 juta dana SRC dan melantik Tetuan Zaid Ibrahim Suflan TH Liew Partners (ZIST) sebagai peguam cara baharu.
Pada 23 Ogos, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta ke atas Najib kerana menyeleweng dana SRC berjumlah RM42 juta, yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi.
Najib menerusi Tetuan Shafee Co pada 6 Sept memfailkan permohonan bagi menyemak keputusan Mahkamah Persekutuan itu.
Najib, 69, kini menjalani hukuman di Penjara Kajang.
Topic Berkaitan
#Mahkamah Persekutuan
#Muhammad Shafee Abdullah
#Najib Razak
#SRC International
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan