awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dr Sahruddin umum letak jawatan Pengerusi PN Johor
Banjir di tiga negeri tidak banyak berubah
Agong berkenan dipersembahkan taklimat pembinaan Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes tembak di stesen minyak: Tiga lelaki tempatan ditahan - Polis

Bernama
Bernama
14/11/2025
05:40 MYT
Kes tembak di stesen minyak: Tiga lelaki tempatan  ditahan - Polis
SHAZELI: Tangkapan dibuat di sekitar Klang dengan kesemua mereka kini ditahan reman hingga 17 Nov. - Gambar fail/BERNAMA
SHAH ALAM: Polis mengesahkan tiga individu termasuk seorang remaja telah ditahan setakat ini bagi membantu siasatan kes tembak di sebuah stesen minyak di Bukit Tinggi, Klang dekat sini Jumaat lepas.
Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar berkata kesemua individu tersebut ialah lelaki warga tempatan berusia antara 19 hingga 35 tahun.
"Tangkapan dibuat di sekitar Klang dengan kesemua mereka kini ditahan reman hingga 17 Nov ini," katanya pada sidang media pelupusan barang kes dadah di sini hari ini.
Berhubung dakwaan kes itu melibatkan kongsi gelap, Shazeli berkata pada peringkat ini pihaknya menyiasat daripada pelbagai aspek dan tidak hanya menjurus kepada kongsi gelap semata-mata.
"Dari segi siasatan, kita perlu lihat daripada pelbagai aspek berdasarkan latar belakang si mati (mangsa)," katanya tanpa mengulas lanjut.
Pada Selasa lepas, Shazeli dilaporkan berkata mangsa kes tembak itu ialah individu yang dikehendaki polis di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) selain lelaki berusia 34 tahun itu juga memiliki beberapa rekod jenayah lain.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tembak di stesen minyak
#Klang
#Shazeli Kahar
#reman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan