awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Skim Pembiayaan Teman TEKUN salur RM25.17 juta di Sabah tahun lepas
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
HPUSM tawar pembelajaran teknologi robotik bagi pembedahan lutut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes tikam di Senawang: Tukang masak didakwa bunuh duda

Bernama
Bernama
19/08/2025
06:20 MYT
Kes tikam di Senawang: Tukang masak didakwa bunuh duda
Zulazren (dua, kanan) didakwa atas pertuduhan menikam dada seorang duda dengan menyebabkan kematiannya pada 11 Ogos lalu. -Foto Sinar Harian
SEREMBAN: Seorang tukang masak didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang lelaki di sebuah rumah di Taman Sri Pagi, Senawang.

Ringkasan AI
  • Zulazren Zakariah didakwa membunuh Muhammad Amirul Rashid dengan menikam dada mangsa di Taman Sri Pagi, Senawang pada 11 Ogos 2025.
  • Kes didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan akan disebut semula pada 17 Oktober.
  • Tiada pengakuan direkodkan kerana ia di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Zulazren Zakariah, 31, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurul Saqinah Rosli.
Tiada sebarang pengakuan direkodkan berikutan kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Mengikut pertuduhan, dia mencapai niat dengan menikam dada sehingga menyebabkan kematian Muhammad Amirul Rashid Mohd Niza, 28, yang juga seorang duda kira-kira jam 6.50 petang di sebuah rumah di Taman Sri Pagi, Senawang, di sini, pada 11 Ogos lepas.
Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dihukum mati atau penjara tidak kurang 30 tahun tetapi tidak lebih 40 tahun dan jika tidak dihukum mati akan dikenakan tidak kurang 12 sebatan.
Timbalan Pendakwa Raya Nik Nur 'Aqilah Syarfa Nik Zaidi tidak menawarkan jaminan, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah menetapkan 17 Okt depan untuk sebutan semula kes.
Sementara itu, dalam mahkamah sama, seorang lelaki Mohd Khairol Mohd Abu, 40, yang diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) K. Kogilawani, dihukum penjara dua tahun selepas mengaku bersalah mencederakan isterinya kira-kira 1 petang di sebuah rumah di Lenggeng, 6 Jun lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Zulazren Zakariah
#Muhammad Amirul Rashid
#Taman Sri Pagi Senawang
#Seksyen 302 Kanun Keseksaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan