''Tindakan dia yang menikam anak saudara saya beberapa kali menggunakan senjata tajam dilihat seperti mempunyai niat hendak membunuh, kata Mohd Zahri Osman.
Mohd Zahri, 43, merupakan bapa saudara kepada seorang wanita muda yang cedera ditikam oleh bekas teman lelakinya dengan senjata tajam di tepi jalan berhampiran Taman Serindit, Jalan Datuk Kumbar, di sini, semalam.
Beliau berkata kejadian berlaku pada pukul 5.30 petang ketika anak saudaranya yang berusia 23 tahun baru memasuki kereta selepas membeli barang di sebuah kedai berhampiran tempat kejadian sebelum didatangi suspek.
"Sebelum kejadian, anak saudara saya telah pergi ke Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) untuk mengambil sijil bersama seorang rakannya dan selepas selesai, dia telah menghantar rakannya ke rumah dan ketika itu dia menyedari suspek telah mengekorinya.
Dia telah berhenti untuk membeli barang di kedai berdekatan. Apabila dia masuk ke dalam kereta, suspek telah membuka pintu kereta dan terus menikam bahagian perut anak saudara saya dan tiada pertengkaran berlaku seperti yang diviralkan di media sosial," katanya ketika ditemui di Hospital Sultanah Bahiyah, hari ini.
Mohd Zahri berkata anak saudaranya terpaksa bergelut dengan suspek selepas ditikam hingga menyebabkan lutut dan kedua-dua jari tangannya turut terkena tikaman.
"Selepas ditikam, dia menjerit meminta bantuan tetapi orang ramai yang berada di situ tidak berani membantu kerana suspek memegang senjata.
Kalau tikam sekali mungkin seperti tiada niat tetapi kalau sudah tikam sehingga tujuh kali, suspek memang mempunyai niat hendak membunuh anak saudara saya. Suspek berbuat demikian mungkin kerana cemburu atau tidak boleh menerima kenyataan selepas putus cinta dua bulan lalu," katanya.
Beliau berkata keadaan anak saudaranya stabil selepas menjalani pembedahan namun masih berada dalam keadaan trauma dan bimbang suspek akan datang ke hospital.
Berikutan itu, Mohd Zahri berharap pihak polis dapat menahan suspek dengan segera dan meminta orang awam supaya tidak mengambil tindakan sendiri sekiranya terjumpa suspek sebaliknya menyerahkannya kepada polis.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Mohd Rozi Jidin berkata polis masih memburu suspek yang dipercayai masih berada di sekitar Alor Setar.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 06 2017

Kejadian berlaku pada pukul 5.30 petang ketika anak saudaranya yang berusia 23 tahun baru memasuki kereta selepas membeli barang di sebuah kedai berhampiran tempat kejadian sebelum didatangi suspek. -Gambar fail

Gegaran gempa bumi Myanmar turut dirasai di Kedah, Kelantan, Pulau Pinang
Gempa bumi kuat bermagnitud 7.7 melanda di tengah Myanmar pada hari ini turut dirasai oleh rakyat Malaysia.

Aidilfitri: Indonesia kerah kapal perang untuk perjalanan balik kampung lebih selamat
Tentera Laut Indonesia mengerahkan sebuah kapal perang bagi membawa penumpang dan motosikal mereka, dalam usaha mengurangkan kesesakan lalu lintas sertamenjelang Aidilfitri.

Hari Polis ke-218: Kepada PDRM disandarkan harapan, pastikan Malaysia kekal aman
Keamanan yang dicapai Malaysia tidak mungkin dinikmati tanpa pasukan PDRM.

Mesej Kim Soo Hyun kepada Kim Sae Ron tular, netizen luah rasa jijik
Netizen luah rasa marah selepas tular satu tangkap layar mesej yang didakwa daripada pelakon terkenal Korea, Kim Soo Hyun kepada mendiang Kim Sae Ron.

Ibu dan anak didakwa sebabkan kecederaan dua beradik lelaki
Seorang ibu dan anaknya mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan menganiaya dua beradik lelaki sehingga menyebabkan kecederaan.

Bursa Saham Thailand digantung serta-merta, susulan gempa bumi bermagnitud 7.7 di Myanmar
Gempa bumi kuat berukuran 7.7 magnitud melanda Myanmar pada tengah hari Jumaat, menyebabkan gegaran kuat dirasai di Thailand termasuk ibu kota Bangkok.
Energy Asia 2025
Delivering Asia’s Energy Transition

Pemisahan untuk Tang Jie-Ee Wei untuk muhasabah diri - Rexy
Rexy menyifatkan tindakan memisahkan beregu campuran negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei adalah untuk kedua-dua pemain itu bermuhasabah diri.

Rasionalisasi RON95: Golongan pendapatan rendah tidak terkesan - PM Anwar
Perdana Menteri menegaskan rasionalisasi subsidi RON95 yang akan dilaksanakan kelak tidak akan memberi kesan kepada golongan berpendapatan rendah.
[TERKINI] Gempa turut dirasai di beberapa negeri Semenanjung Malaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) maklumkan beberapa negeri di semenanjung Maalysia turut rasai gegaran gempa bumi yang berlaku di Myanmar.

Abdul Gafar dilantik Datuk Bandar Alor Setar
Bekas Pegawai Daerah Kuala Muda Datuk Abdul Gafar Yahya dilantik Datuk Bandar Alor Setar yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Dua rentung: Lima suspek direman bantu siasatan kes bakar rumah
Lima lelaki direman enam hari bagi membantu siasatan kes kematian dua lelaki yang ditemui rentung di dalam sebuah rumah di Tongkang Yard, semalam.

Dua rentung: Kes diklasifikasi semula sebagai bunuh, dipercayai angkara dendam
Polis mengklasifikasikansemula kematian dua lelaki yang rentung akibat kebakaran rumah di Jalan Kota Tanah, Tongkang Yard semalam akibat kejadian bunuh.

JKM cari ibu kandung, waris Muhammad Iqbal Rayyan Abdullah
Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Kota Setar sedang mencari ibu kandung atau waris kepada kanak-kanak lelaki Muhammad Iqbal Rayyan Abdullah.

Banjir: Bekalan elektrik di Alor Setar, Sik pulih sepenuhnya
Bekalan elektrik di beberapa kawasan di bandar raya ini dan Sik telah pulih sepenuhnya selepas ditutup sementara susulan banjir.

Banjir: TNB nafi putuskan bekalan elektrik di Alor Setar
TNB Careline memaklumkan dakwaan berkenaan adalah tidak benar dan meminta orang ramai untuk tidak mudah percaya kepada mesej yang tidak disahkan.

Kanak-kanak perempuan dua tahun ditemukan lemas dalam longkang
Luluh hati seorang datuk apabila melihat cucu perempuan kesayangannya ditemukan lemas di dalam longkang di Alor Setar malam tadi.

Banjir Kedah: 'Tidak lena tidur, risau air naik...' - Penduduk
Tinjauan di sekitar Kampung Simpang Chegar Kota Setar mendapati kebanyakan kawasan sudah dilimpahi air kira-kira dua hingga tiga kaki.

Suspek kelar isteri dan anak minta izin tidur di masjid - Imam
Suspek direman bagi membantu siasatan kes pembunuhan isteri dan anaknya telah memohon untuk menumpang tidur di Masjid Al Hidayah, Bukit Pinang.

Dua mayat wanita ditemukan dalam longkang di Alor Setar
Dua mayat wanita ditemukan di dalam longkang di belakang sebuah bangunan terbiar di Lebuhraya Sultan Abdul Halim, hari ini.