awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes tipu umrah: Suami isteri akan ditahan semula polis Johor

Sinar Harian
Sinar Harian
19/01/2025
10:18 MYT
Kes tipu umrah: Suami isteri akan ditahan semula polis Johor
Hussein Omar berkata tangkapan semula ke atas kedua-dua suspek itu akan dilakukan oleh polis Kontinjen Johor.- Gambar fail/Bernama
SHAH ALAM: Pasangan suami isteri yang juga pemilik syarikat pelancongan kontroversi kerana didakwa gagal menerbangkan jemaah akan ditangkap semula untuk siasatan kes tipu di Johor.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, tangkapan semula ke atas kedua-dua suspek itu akan dilakukan oleh polis Kontinjen Johor yang sedang menjalankan siasatan berkait kes di negeri terbabit.
Menurut beliau, enam pekerja syarikat terbabit yang ditahan sebelum ini akan dibebaskan dengan jaminan pada Ahad.
"Kertas siasatan kes di Selangor akan dilengkapkan dalam masa terdekat sebelum dirujuk kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya," katanya ketika dihubungi pada Ahad.
Hussein berkata, setakat ini, pihaknya telah terima 42 laporan polis.
"Sebanyak 28 daripada mangsa, 13 daripada ejen dan pekerja serta satu daripada pihak Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC)," katanya.
Pada Sabtu, media melaporkan tujuh individu termasuk pemilik syarikat pelancongan yang ditahan berkaitan penipuan umrah susulan sebuah syarikat pelancongan didakwa gagal menerbangkan jemaah umrah ke Makkah, Selasa lalu disambung reman sehari.
Hussein dilaporkan berkata, pihaknya mendapat perintah sambung reman selama sehari sehingga hari ini membabitkan tujuh individu termasuk pemilik syarikat pelancongan terbabit.
Menurut beliau, seorang lagi suspek iaitu isteri kepada pemilik syarikat dibebaskan dengan jaminan polis selepas direman tiga hari untuk siasatan.
Media sebelum ini melaporkan lapan individu termasuk pasangan suami isteri yang juga pemilik sebuah syarikat pelancongan berusia antara 24 hingga 46 tahun direman selama tiga hari bagi membantu siasatan kes penipuan membabitkan kerugian RM2.1 juta. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#tipu umrah
#pasangan suami isteri ditahan semula
#Hussein Omar Khan
#kes tipu di Johor
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan