awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes tukar agama: MAIPs fail kebenaran merayu ke Mahkamah Persekutuan

Bernama
Bernama
09/02/2024
09:28 MYT
Kes tukar agama: MAIPs fail kebenaran merayu ke Mahkamah Persekutuan
Permohonan itu difailkan semalam oleh MAIPs selaku pemohon menerusi Tetuan Chambers of Zainul Rijal dengan menamakan Loh sebagai responden. -Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) memfailkan permohonan untuk mendapatkan kebenaran merayu di Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan mengetepikan penukaran agama secara unilateral tiga anak ibu tunggal Loh Siew Hong kepada Islam.
Permohonan itu difailkan semalam oleh MAIPs selaku pemohon menerusi Tetuan Chambers of Zainul Rijal dengan menamakan Loh sebagai responden.
Berdasarkan notis usul itu, MAIPs yang memohon kebenaran untuk merayu turut mengemukakan beberapa persoalan perlembagaan dan perundangan berhubung kedudukan agama ketiga-tiga anak Loh.
Pada 10 Jan lepas, Mahkamah Rayuan mengetepikan penukaran agama mereka secara unilateral kepada Islam oleh bekas suami Loh M.Nagahswaran selepas mendapati ia adalah menyalahi undang-undang.
Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail, yang mempengerusikan panel tiga hakim, berkata mahkamah terikat dengan keputusan kes Indira Gandhi bahawa persetujuan kedua-dua ibu bapa mesti diperoleh sebelum kanak-kanak di bawah umur ditukar agama.
Loh, 37, merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di sini pada 11 Mei 2023 yang menolak permohonan semakan kehakimannya untuk mencabar penukaran agama tiga anaknya kepada Islam oleh Nagahswaran tanpa persetujuan beliau.
Ibu tunggal itu, yang memfailkan permohonan pada 25 Mac 2022, menamakan Pendaftar Mualaf Negeri Perlis, MAIPs, Mufti Perlis Datuk Mohd Asri Zainul Abidin dan Kerajaan Negeri Perlis sebagai responden.
Loh memohon pengisytiharan bahawa tiga anaknya beragama Hindu dan Nagahswaran tidak mempunyai kapasiti undang-undang untuk membenarkan Pendaftar Mualaf Negeri Perlis mendaftarkan anak mereka sebagai mualaf tanpa kebenarannya.
Wanita itu turut memohon pengisytiharan bahawa anak-anaknya, sebagai kanak-kanak, tidak mempunyai kapasiti undang-undang untuk memeluk Islam tanpa persetujuan beliau.
Beliau juga memohon perintah certiorari untuk membatalkan pengisytiharan pemelukan agama Islam bertarikh 7 Julai 2020 yang dikeluarkan oleh Pendaftar Mualaf Perlis atas nama tiga anaknya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis
#MAIPs
#kebenaran merayu di Mahkamah Persekutuan
#kes tukar agama
#Loh Siew Hong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan