KUALA LUMPUR : Polis mengesahkan sejumlah 11 individu telah dipanggil untuk merekodkan keterangan berhubung kes tular membabitkan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali, yang didakwa ditahan bersama seorang wanita di Perasing, Terengganu, bulan lalu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, kesemua mereka dipanggil mengikut Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah.
Beliau juga mengesahkan, pihaknya menerima laporan berhubung satu hantaran bertajuk 'Tular WhatsApp Khairuddin ditahan di Perasing, Terangganu' di mana hantaran itu dimuat naik di laman sesawang Info Negara Kini pada pukul 4.50 petang, 28 Mei lalu.
"Siasatan akan diteruskan bagi mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab memuat naik hantaran tersebut dan mereka yang mempunyai mempunyai kaitan dengan kes ini sebelum kertas siasatan dihantar ke Pejabat Peguam Negara untuk arahan lanjut," katanya dalam kenyataan di sini, pada Selasa.
Mengulas lanjut, Abd Jalil memberitahu, hantaran yang memaparkan gambar figura politik itu bersama seorang wanita itu dikongsi lebih 9,300 kali di laman sosial.
Kes itu dikatanya, disiasat Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian D5, Bukit Aman.
Ekoran itu, beliau menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan khabar angin yang tidak berasas tanpa mendapat kesahihan daripada sumber rasmi.
Katanya, sebarang bentuk penyebaran berita dengan menggunakan media sosial merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Terdahulu media melaporkan, Ketua Polis Terengganu, Datuk Roslee Chik mengesahkan Ahli Parlimen Kuala Nerus itu diperiksa ketika melalui sekatan jalan raya (SJR) Perasing di Kemaman pada 16 Mei lalu.
Sebelum itu, dalam mesej tular, pemimpin itu didakwa berada dalam kenderaan bersama seorang wanita.
Umavathi Ramayah
Tue Jun 22 2021
Menurut Abd Jalil, siasatan akan diteruskan bagi mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab memuat naik hantaran tersebut dan mereka yang mempunyai mempunyai kaitan dengan kes itu. - Sumber foto PDRM
KKR, CIDB zahir hasrat hantar pekerja ke Nagasaki teroka kemahiran TVET
KKR menerusi agensinya Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) berhasrat memulakan penghantaran pekerja ke Nagasaki, Jepun menjelang suku keempat tahun ini.
Piala Thomas: Leong Jun Hao lakar kebangkitan, pastikan kemenangan Malaysia!
Leong Jun Hao melakar kebangkitan memastikan Malaysia memperoleh kemenangan ke atas wakil Hong Kong, Angus Ng Ka Long.
1MDB: Prosiding Najib julung kali dibuat pada Sabtu
Perbicaraan pertama dibuat pada hujung minggu ini berlangsung tepat jam 8.30 pagi, selepas bekas Perdana Menteri itu dibawa pihak berkuasa dengan menaiki kenderaan dari Jabatan Penjara.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan akan dibebani isu semasa - Muhyiddin
PRK ini bakal jadi referendum untuk rakyat suarakan pandangan yang disifatkan Muhyiddin sebagai perasaan tidak puas hati.
Pelajar PhD USIM ambil ujian di sebalik runtuhan di Gaza
Pelajar PhD USIM warga Palestin nekad menjalani Ujian Kelayakan yang dijalankan secara dalam talian pada Jumaat walaupun berdepan risiko dibom tentera Zionis pada bila-bila masa.
UMNO dan BN dokong calon PH demi Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
Presiden UMNOsedar taktik pihak tertentu yang cuba melaga-lagakan parti pimpinannya dengan parti komponen Pakatan Harapan itu.
PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
Keempat-empat calon itu ialah Khairul Azhari Saut (PN), Pang Sock Tao (PH), Nyau Ke Xin (Bebas) dan Hafizah Zainudin (Parti Rakyat Malaysia).
3 maut, 5 parah nahas dua pacuan empat roda
Tiga maut, lima parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan pacuan empat roda di Jalan Kuala Krai-Gua Musang kira-kira jam 12.30 pagi tadi.
Penunjuk perasaan pro-Palestin di Paris kepung universiti
Penunjuk perasaan pro-Palestin mengepung bangunan dan kawasan hadpaan Universiti Sciences Po yang berprestij di Paris pada Jumaat.
Piala Thomas: Zii Jia pamer magis tarik perhatian ramai di Chengdu
Zii Jia merekodkan kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu dalam aksi yang mengambil masa 45 minit menghadirkan saat-saat terbaik dalam saingan pembukaan ini.
Tak boleh tolak permohonan pasport jika pemohon tidak fasih Bahasa Melayu - JIM
JIM tidak dibenarkan untuk menolak sebarang permohonan pasport hanya kerana pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan.
Fahmi arah MCMC ambil tindakan individu ulang siar video lama
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil mendakwa video tular di laman sosial, TikTok yang dimuat naik oleh pemilik akaun @janggut.putih merupakan rakaman pada tahun 2019.
Ibu dakwa ada kesan kemerahan pada leher anak - Polis
Polis sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung kes seorang remaja lelaki yang didakwa menjalinkan hubungan dengan gurunya.
Polis rampas pistol warga emas
Polis merampas sepucuk pistol yang disyaki digunakan seorang warga emas yang tidak berpuas hati dengan ejen penarik kereta, yang video kejadian itu jadi tular di media sosial baru-baru ini.
Tular: ATM sahkan terima laporan dakwaan salah guna kuasa, kekerasan pegawai kanan
TDM mengesahkan telah menerima laporan berhubung dakwaan salah guna kuasa dan menggunakan kekerasan oleh seorang pegawai kanan TDM di Sarawak.
'Arwah ada sejarah lampau, tapi tiada hak dipukul hingga mati'
Shah Rizad Samad, 43, berkata, lima penghantar makanan yang didakwa membunuh adiknya, tidak sepatutnya mengambil langkah menggunakan kekerasan.
Penghantar makanan didakwa bakar kereta polis bantuan
Seorang penghantar makanan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan melakukan khianat dengan membakar kereta polis bantuan di sebuah stesen MRT.
Wanita jalani pembedahan plastik cuba lari dari hospital
SEORANG wanita menimbulkan kekecohan selepas cuba melarikan diri di sebuah hospital kecantikan swasta di Istanbul, Turkiye.
Kes tular: Gaduh dalam restoran, 4 rakan sekerja didenda RM1,000
Empat rakan sekerja yang terlibat dalam insiden pergaduhan di sebuah restoran makanan segera yang tular di media sosial baru-baru ini, masing-masing didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret.
Pelajar merokok dalam tandas calon SPM, telah dibuang sekolah
Pelajar yang tertangkap merokok di tandas di sebuah sekolah di sini pada Isnin, merupakan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang sedang mengambil peperiksaan.