Tun Dr Mahathir Mohamad mengetepikan dakwaan bahawa pengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu memohon maaf berikutan penahanan bekas eksekutif PetroSaudi International Ltd, Xavier Andre Justo.

Menerusi laman blognya chedet.cc hari ini, mantan perdana menteri itu berkata isu utama adalah mengenai usaha sama antara 1MDB dan PetroSaudi bernilai AS$1.9 bilion (RM7.2 bilion) yang digugurkan selepas enam bulan.

"Minta maaf untuk apa? Hakikatnya bahawa sejumlah besar wang telah hilang. Bolehkah Justo membawa semua wang kembali?

“Apabila usaha sama dibubarkan selepas hanya enam bulan, ia mestilah kerana 1MDB sedar bahawa ia bukan perjanjian yang baik.

"Apa yang perlu dilakukan adalah untuk menuntut ekuiti dan pinjaman berjumlah US1.9 bilion dikembalikan. Sebaliknya, ia ditukar kepada pinjaman (murabahah).

"Setelah diberikan pinjaman berjumlah US$1.9 bilion ini, di mana wang itu sekarang?" tanya Dr Mahathir.

Laporan awal menunjukkan bahawa sebahagian daripada emel yang kononnya dibocorkan oleh Justo telah diubahsuai.

"Apakah bukti bahawa dokumen telah diubahsuai atau dia mempunyai dokumen yang lebih?

"Walaupun Justo ubahsuai emel, ia tidak mengubah hakikat bahawa 1MDB membelanjakan US$1.9 bilion dalam usaha sama dengan PetroSaudi, yang digugurkan dalam tempoh enam bulan.

"Dan selepas itu pelaburan dan pinjaman sebanyak US$700 juta (RM2.65 bilion) telah ditukar kepada pinjaman untuk rakan kongsi yang anda tidak percaya boleh laksanakan usaha sama itu.

"Jadi apa kena mengena semua ini dengan pears ugut Justo terhadap PetroSaudi: Tiada apa-apa," katanya.

Dr Mahathir juga berkata Justo diberikan RM15 juta apabila dia ditolak oleh PetroSaudi.

Itu adalah satu jumlah yang lumayan untuk membayar seorang pekerja atau pengarah selepas dia telah melakukan sesuatu yang salah.

"Biasanya beliau akan hanya diberhentikan. Tetapi kita diberitahu dia tidak berpuas hati dan akan boncor dokumen jika tidak dibayah lebih,” kata Dr Mahathir.

Justo ditahan di Bangkok minggu lepas atas dakwaan membocorkan maklumat sehingga mencetuskan kekecohan berkaitan 1MDB.