awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'Abang periang, tidak pernah tunjuk sedih'- Adik Allahyarham Isma Aliff
Eksperimen bateri litium-ion dijalankan di Stesen Angkasa Lepas China
Papa Zola The Movie catat kutipan RM55 juta, ketepikan Avatar: Fire and Ash, Zootopia 2
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes Zara Qairina: Lima remaja didakwa, pasukan peguam wakili ibu mangsa hadir sebagai pemerhati

Sinar Harian
Sinar Harian
20/08/2025
01:30 MYT
Kes Zara Qairina: Lima remaja didakwa, pasukan peguam wakili ibu mangsa hadir sebagai pemerhati
Pasukan peguam tiba di pekarangan Mahkamah Kota Kinabalu sebagai pemerhati bagi pertuduhan lima remaja yang didakwa di Mahkamah Kanak-Kanak, hari ini. - Foto Sinar Harian
KOTA KINABALU: Pasukan peguam diketuai Hamid Ismail mewakili Noraidah Lamat, ibu kepada Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir tiba di pekarangan Mahkamah Kota Kinabalu sebagai pemerhati bagi pertuduhan lima remaja yang didakwa di Mahkamah Kanak-Kanak, pada Rabu.
Hamid yang sempat disapa pengamal media di pekarangan mahkamah memaklumkan akan membuat permohonan untuk menangguhkan pendakwaan tersebut.
Dalam pada itu, turut kelihatan pasukan peguam bela yang diketuai, Datuk Ram Singh difahamkan hadir bagi mewakili salah seorang remaja yang didakwa di mahkamah tersebut.
Dijangka, prosiding akan berlangsung pada bila-bila masa saja di dalam bilik Mahkamah Kanak-Kanak.
Tinjauan Sinar Harian mendapati, suasana pekarangan mahkamah ketika ini menjadi tumpuan pengamal media yang membuat liputan kes tersebut.
Mahkamah tidak membenarkan pengamal media untuk memasuki bilik mahkamah bagi mengikuti prosiding pendakwaan tersebut kerana tertakluk kepada Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611).
- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Zara Qairina Mahathir
#Kota Kinabalu
#peguam
#pemerhati
#Mahkamah Kanak-Kanak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan