MALAYSIA
Kes Zara Qairina: Lindungi hak lima remaja bakal didakwa - Suhakam
Suhakam menegaskan bahawa semua kanak-kanak terlibat berhak mendapat perlindungan penuh di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 611].
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menggesa semua pihak, khususnya media dan orang awam, untuk melindungi hak lima kanak-kanak yang bakal berdepan pertuduhan dalam kes melibatkan Allahyarham Zara Qairina Mahathir.
Ringkasan AI
Pejabat Pesuruhjaya Kanak-Kanak (OCC) Suhakam dalam kenyataan menegaskan bahawa semua kanak-kanak terlibat berhak mendapat perlindungan penuh di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 611], termasuk sokongan berasaskan trauma, khidmat perundangan dan layanan adil.
“Identiti kanak-kanak tidak boleh didedahkan secara langsung atau tidak langsung.
"Nama, gambar, sekolah atau sebarang maklumat yang boleh membawa kepada pengenalan diri mereka tidak boleh didedahkan kepada umum,” menurut kenyataan itu, pada Selasa.
Suhakam turut mengingatkan bahawa Seksyen 15 Akta 611 memperuntukkan hukuman denda sehingga RM10,000 atau penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya sekali, terhadap mana-mana pihak yang menerbitkan maklumat yang boleh mengenal pasti kanak-kanak yang terlibat dalam prosiding mahkamah.
Selain itu, Mahkamah Bagi Kanak-Kanak adalah mahkamah tertutup di bawah Seksyen 12 Akta 611, yang hanya membenarkan kehadiran pihak terlibat secara langsung dan privasi kanak-kanak perlu dihormati.
"Dalam masa sama, Suhakam menekankan usaha mencegah stigma terhadap kanak-kanak yang terlibat, sambil menolak sebarang bentuk buli sama ada di sekolah atau di platform dalam talian.
"Media sosial seperti Facebook, Instagram dan TikTok juga digesa memperketat dasar serta piawaian komuniti masing-masing bagi mengenal pasti dan memadam secara proaktif sebarang kandungan yang melanggar undang-undang berkaitan perlindungan kanak-kanak.
“Keadilan perlu dilaksanakan mengikut prinsip hak kanak-kanak dan kedaulatan undang-undang,” tegas kenyataan itu.
Pada Isnin, Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar mengesahkan lima individu dijangka didakwa berkaitan kes buli pelajar Tingkatan Satu, Allahyarham Zara Qairina, Rabu ini.
Katanya, pertuduhan akan dilakukan di Mahkamah Kanak-kanak Kota Kinabalu, Sabah.
"Seramai lima orang yang akan dituduh dan mereka berusia di bawah 18 tahun," katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Isnin.
Ringkasan AI
- Suhakam gesa media dan orang awam lindungi hak lima kanak-kanak bawah 18 tahun yang bakal didakwa dalam kes Allahyarham Zara Qairina.
- Identiti kanak-kanak tidak boleh didedah; pelanggaran Akta 611 boleh dikenakan denda RM10,000 atau penjara lima tahun.
- Media sosial digesa perketat piawaian; Suhakam tekankan keadilan mesti berpaksikan hak kanak-kanak dan usaha cegah stigma.