MALAYSIA
Kes Zara Qairina: Maaf kami tidak dapat dedah - Peguam

Hamid ditemui di perkarangan Mahkamah Kota Kinabalu, selepas hadir dalam prosiding berkenaan, pagi tadi. - Foto Astro AWANI
KOTA KINABALU: "Tunggu penjelasan Jabatan Peguam Negara (AGC), kerana kami tidak boleh langgar perintah mahkamah."
Ringkasan AI
- Prosiding Mahkamah Kanak-Kanak terhadap lima remaja perempuan telah berlangsung di Kota Kinabalu, namun tidak boleh didedahkan kepada umum kerana tertakluk kepada Seksyen 15 Akta Kanak-Kanak 2001.
- Hamid Ismail, menjelaskan bahawa mereka terikat dengan gag order (perintah larangan) dan hanya Jabatan Peguam Negara (AGC) yang boleh mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai kes tersebut.
- Lima remaja tersebut didakwa di bawah Seksyen 507C(1) Kanun Keseksaan, yang merujuk kepada perbuatan buli secara verbal atau komunikasi yang boleh menyebabkan gangguan emosi.
Sehubungan itu jelasnya lagi, perkembangan kes tersebut bakal dijawab oleh kenyataan AGC sahaja dan tidak dapat diulas lebih lanjut oleh pihaknya.
"Hari ini ada prosiding di mahkamah kanak-kanak, kami tidak boleh bercakap pasal prosiding kerana gag order (perintah larangan) jadi kami mohon maaf, kalau perkara lain kami boleh jawab, tapi perkara ini kami kena gag order kerana wujudnya Seksyen 15 Akta Kanak-Kanak 2001.
"Jadi tindakan selanjutnya adalah inkues, kami telah failkan permohonan untuk menjadi interest party," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Kota Kinabalu, selepas hadir dalam prosiding berkenaan, pagi tadi.
Terdahulu, pada pagi tadi, berlangsungnya pertuduhan lima pelajar perempuan di Mahkamah Kanak-Kanak berhubung kes Allahyarhamah Zara.
Semalam, AGC dalam satu kenyataan media memaklumkan dakwaan terhadap lima remaja bawah umur itu dibuat mengikut Seksyen 507C(1) Kanun Keseksaan kerana pertuduhan itu merujuk kepada perbuatan buli sahaja dan tidak mempunyai kaitan dengan kematian Allahyarhamah Zara.
Zara Qairina meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I pada 17 Julai selepas ditemukan tidak sedarkan diri dalam longkang berhampiran asrama sekolah itu pada pagi 16 Julai.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami